Saturday, November 26, 2011

Kembara Ilmu Selepas UPSR

Agak lama tak update blog,kesibukan memang menceburui disegenap ruang.Walaupun hati terasa ingin menulis,tetapi dek kekangan masa dan waktu menjenguk blog sendiri pun tidak sempat. Kata orang,blog kalau tidak update maka hilanglah serinya...apatah lagi pengunjungnya....

Sekarang sudah cuti sekolah,ada sedikit kelapangan,bolehlah mula menulis kembali mewarnai teratakbuluh ini.Sedikit perkongsian kali ini mengenai lawatan kembara ilmu yang kami jalankan khas untuk murid-murid tahun 6,melawat ke beberapa tempat yang menarik yang berada disekitar Sandakan. Bagi aku,kadang kala 2-3 kali seminggu turun ke Sandakan, tetapi ada antara anak muridku yang tidak pernah sampai pun ke Sandakan....cukup kesian dan menyentuh hati ku...moga aktiviti ini akan memberikan mereka satu pengalaman yang cukup berharga.

Monday, June 6, 2011

Cuti-Cuti Sabah Part 2

Negeri Sabah memang unik dengan kebudayaan dan kecantikan alam semulajadinya, cuma yang tak berapa syoknya boleh dikatakan untuk masuk ke sesuatu taman rekreasi mesti kena bayar, dan bayarannya kadang-kadang dirasakan tidak munasabah. Apa-apa pun yang penting cuti mesti hepi...

Dalam perjalanan balik dari Kota Kinabalu ke Sandakan, banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi terutamanya di daerah Ranau. Jika singgah di Kundasang, sudah terkenal dengan Gunung Kinabalunya serta udara yang sejuk. Selain daripada itu tarikan juga tertumpu kepada pasar sayur dan buahan yang terletak di tepi jalanraya...Kalau sukakan kicauan ungas bolehlah singgah di Kinabalu Park, memang seronok...

Di Ranau ni memang banyak tempat-tempat perlancongan, ada kolam air panas di Poring dan yang saya nak cerita ni adalah tarikan terbaru di sebuah kampung Luanti Baru iaitu ada rawatan terapi ikan kelah...ikanya besar-besar...geram je nak masak lomak cili api...tetapi awas kerana kita dilarang sama sekali menangkap dan menggangu ikan-ikan tersebut kerana ianya telah di Tagal..saya pun tak berapa faham tentang Tagal ni..untuk lebih senang faham, kalau kita ambil,usik atau gangu kita akan didenda mengikut berapa yang mereka minta..kalau minta bayar 100 ringgit tak apa lagi kalau mintak kapal terbang..tak ke nyanya...saya ada ambil beberapa gambar nak kongsi dengan pembaca blog ini, gambarnya tak berapa jelas..sebab kameraku ni hanya cap ayam kampung...nanti ku beli nikon dslr...tunggu air hujan naik harga...Untuk masuk dan membuat terapi ikan kena bayar tau.. Untuk dewasa RM5 seorang, kanak RM2 seorang dan ada masa, setiap keluarga hanya dibenarkan bermain-main dengan ikan selama 15 minit sahaja...berbaloi ke bayar RM5 hanya 15 minit je..kalau nak mandi bersama ikan bayaranya RM10....entahlah tak faham aku dengan sisitem kat sini...apa pun layan je gambar kat bawah...
nampak tak ikan-ikan tu sedang berpusing-pusing kat kaki...saiz ada yang lebih 3 kilo seekor..
 tu yang nampak hitam-hitam tu adalah ikan kelah...

Sunday, June 5, 2011

Cuti-Cuti Sabah

Sempena cuti sekolah bawak anak jalan-jalan area Kota Kinabalu...pusing punya pusing...penatnya tak terkira...terpikir pulak kalau lepak dekat kawasan hutan lipur best jugak ni..tapi kat area KK ni aku tak berapa arif sangat..so teringat kawan kata pergi zoo pun ok jugak. Zoo tersebut terletak di lok kawi, tak berapa jauh dari bandaraya KK, best jugak la..kawasanya memang luas dan betul-betul alam semulajadi. sape-sape yang datang KK jangan lupa singgah di Zoo Lok Kawi ye..rugi tak pegi.
Inilah kenderaan yang kami gunakan namanya TREM...nak jalan penat so bayar je la ye.. Harga untuk masuk ke zoo ini, pada pendapat saya agak mahal jugak. Dewasa RM10 dan Kanak-kanak RM5 seorang , yang berumur bawah 3 tahun free. Tambang TREM pulak RM2 seorang...kalau penat berjalan kena bayar pas masuk dan juga TREM... Jom tengok gambar yang sempat diambil...
Rimau sedang lepak bawah pokok Buluh Perindu...
Gajah nak minta air bandung ku...

Banyak lagi gambar yang diambil tapi tak dapat nak upload semuanya sebab berukbandku dah limit...lambat bangat oiiii...inilah gambar pasukan bola sepakku..

Wednesday, June 1, 2011

Hadiah....

Tentu kita akan rasa gembira bila dapat hadiah kan, hari ni aku nak cerita sikit tentang hadiah yang aku tidak berapa suka dengan pemberian hadiah tersebut. Bukanlah tidak bersyukur...tapi rasanya kurang sesuai. Baru-baru ini sekolah aku ada membuat sambutan hari guru. Dua hari kami sambut, hari pertama acara pandang. Bermacam-macam acara yang dijalankan. Memang sungguh seronok, maklumlah setiap hari sibuk duk ngajar je mana ada masa nak main-main permainan tradisi. Dengan adanya sambutan tersebut dapatlah lupakan seketika penat dan lelah mendidik anak bangsa. Untuk hari kedua kami adakan acara dewan. Salah satu acara tradisi ialah pertukaran hadiah antara guru. Tahun ini dan tahun lepas aku tercabut guru perempuan. Aku seperti biasa kalau bab hadiah ni aku tak berkira sangat....maklumlah setahun sekali nak bagi hadiah kat cikgu...Aku pulak tak tahu siapa yang tercabut namaku. Sehinggalah hari tersebut barulah aku tahu rupanya salah seorang guru perempuan yang tercabut namaku...aku tak kisah siapapun yang tercabut namaku. Acara bertukar hadiah berlangsung...aku terima dengan hati terbuka...kotaknya cukup besar..tetapi agak ringan...aku terpikir apa agaknya ye...dan sampai dirumah aku terus membuka kotak tersebut....kotak air mineral...tapi barangnya belum aku lihat...ape agaknya...apabila semuanya sudah terbuka...aku rasa tidak gembira langsung dengan hadiah tersebut....korang nak tahu tak apa hadiahnya....tengok kat bawah..
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V






ini lah bendanya....gembira tak?

Sunday, May 29, 2011

Holiday...Cuti..Cuti....Cuti

Mesti inilah yang yang sering di jeritkan oleh budak-budak bila tiba musim cuti sekolah, bagi guru-guru pulak musim ni la nak berehat sekejap setelah berpenat lelah mengajar anak-anak murid tanpa mengira waktu. bermacam-macam plan diatur kan. Tapi ada juga sekolah yang telah mengatur jadual kelas tambahan lebih awal untuk guru-gurunya...cuti sambil belajar la jadinya...
Bagi ibu bapa mereka juga dah plan baik-baik cuti ni, ada yang nak anak-anak batu mereka di sawah atau ladang...kalau yang lelaki dah tentu dah pikir nak gi rempit dan membuang masa...apa pun yang anda plan aku ucapkan selamat bercuti..hati-hati dijalanraya kerana jalanraya tak pernah bercuti dan yang paling mau ingat...malaikat maut tak pernah ambil cuti...


Saturday, May 21, 2011

Al-Fatihah untuk Blogger Telordibasuh

Terkejut jugak terima berita ini, maklumlah aku boleh dikatakan setiap hari akan ke blog beliau untuk baca entry2 yang lain dari yang lain. tapi bila aku masuk hari ini lain pulak yang berita dan entry yang aku terbaca.

Al-Fatihah....

Assalamualaikum wbt

Untuk makluman tuan/puan, Abdul Hakim Bin Mohd Kamal (owner Telordibasuh) telah kembali kerahmatullah pada 19 May 2011 bersamaan 15 Jamadilakhir 1432H.

walaupun aku hanya mengenali beliau hanya dari penulisannya, tetapi sebagai saudara seagama aku doakan agar beliau ditempatkan dikalangan  orang-orang yang beriman...amin AL-FATIHAN..

Monday, May 16, 2011

Spekulasi Osama Ben Laden

Kewujudan Osama oleh Amerika dan kematian juga di buat oleh Amerika, sebelum ini kita tak tahupun  wujudnya Osama ben Laden.



Kalau diperhatikan secara betul macam teknik impose menggunakan photoshop je....wallahualam


Komen Tn. Guru Nik Aziz Nik Mat 
  1. Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
  2. Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
  3. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
  4. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
  5. Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?
Sekian, wassalam.
TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.



lihat video tentang pengumuman kematian beliau.




Saturday, March 26, 2011

Bunuh diri dan penyakit jiwa

Gempar di facebook dan twitter kes bunuh diri di KB Mall , macam-macam komen yang diutarakan. Pada dasarnya tidak ada seorang pun tahu kenapa gadis tersebut begitu tekad untuk menamatkan hayatnya.

Bunuh diri (dalam bahasa Inggris: suicide; dalam budaya Jepun dikenali istilah harakiri) adalah tindakan mengakhiri hidup sendiri tanpa bantuan aktif orang lain. Alasan atau motif bunuh diri bermacam-macam, namun biasanya didasari oleh rasa bersalah yang sangat besar, kerana merasa gagal untuk mencapai sesuatu harapan.

Pada dasarnya, segala sesuatu itu memiliki hubungan sebab akibat (ini adalah sistematika). Dalam hubungan sebab akibat ini akan menghasilkan suatu alasan atau sebab tindakan yang disebut motif.
Motif bunuh diri ada banyak macamnya. Disini penyusun menggolongkan dalam kategori sebab, misalkan :
  1. Dilanda keputusasaan dan depresi
  2. Cubaan hidup dan tekanan lingkungan.
  3. Gangguan kejiwaan / tidak waras (gila).
  4. Himpitan Ekonomi atau Kemiskinan (Harta / Iman / Ilmu)
  5. Penderitaan karena penyakit yang berkepanjangan.
Dalam ilmu sosiologi, ada tiga penyebab bunuh diri dalam masyarakat, iaitu:
  1. egoistic suicide (bunuh diri karena urusan pribadi),
  2. altruistic suicide (bunuh diri untuk memperjuangkan orang lain), dan
  3. anomic suicide (bunuh diri karena masyarakat dalam kondisi kebingungan).
Walau apa pun alasan bunuh diri dalam Islam ianya tetap salah dan dan satu dosa besar. 

Ayat Al-Qur'an tentang larangan bunuh diri

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (An-Nisa' : 29) "Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu karena bersedih hati sesudah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al Qur'an)." (QS. Al-Kahfi ; 6)

Anda lihat lah video ni dan fikir-fikirkanlah...

Monday, February 28, 2011

Nilai Kemanusiaan Semakin Hilang

Sejak akhir-akhir ni macam-macam perkara yang tak terpikir oleh akal kita, tetapi ada yang melakukan perkara tersebut. hari ini Harian Metro mendedahkan satu sikap jahiliah dan sifat kebinatangan yang ada dalam diri makhluk yang bergelar manusia."Pakej tukar suami isteri" dah tak de benda lain ke nak buat..dari waras kepada yang tidak waras...haru aku terpikir benda-benda macam ni...


Ini lah sifat manusia sebelum kedatangan Islam, tetapi setelah kedatangan Islam semuanya telah dihapuskan...tetapi kini masyarakat kita kembali pula kepada zaman Jahiliah. Tidakkah mereka tahu bahawa perbuatan itu satu dosa besar...ZINA, jenerasi akan rosak dan sudah tentu membawa efek kepada kesihatan fizikal dan rohani.
Baca artikel penuh di myMetro.

Saturday, February 26, 2011

ZIONA Chana mempunyai 39 Isteri

ZIONA Chana  menjadi glamor sekejap, di internet taip saja nama ziona chana pasti banyak page yang menceritakan tentang kehebatan lekaki ini. Dia adalah ketua kepada keluarga terbesar di dunia — dan dia berasa hidupnya ‘sangat diberkati’ kerana mempunyai 39 isteri.

Chana turut mempunyai 94 anak, 14 menantu dan 33 cucu. Mereka semua tinggal di kediaman empat tingkat yang mempunyai 100 bilik, dibina di tengah-tengah kawasan berbukit Desa Baktwang di wilayah Mizoram di India. Semua isterinya tidur di beberapa bilik tidur besar.

Chana, 66, memberitahu akhbar The Sun: “Hari ini saya rasa seperti hamba istimewa tuhan. Dia mengurniakan saya begitu ramai insan untuk saya lindungi.
 
Apa boleh kita katakan, dia tidak Islam maka dia boleh buat apa yang dia pikir betul sebab dia tidak di bimbing dengan ajaran agama yang benar. Tidak mustahil jika dia mengkaji Al-quraan dia pasti mengikut ajaran nabi yang suci ini...agama sepanjang zaman ISLAM.
 
Ini sebahagian dari gambar beliau bersama ahli keluarga...layan..
 Bersama Ister-isterinya
Bilik tidur Isteri-isterinya
Rumah tempat dia dan isteri-isterinya
sebahagian dari isteri-isterinya dengan persiapan makanan untuk dimasak

Friday, February 11, 2011

WASIAT DARI IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA

AMALKAN DALAM KEHIDUPAN UNTUK MENJADIKAN DIRI KITA LEBIH BAIK DAN SOLEHIN.

 

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan
yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Friday, February 4, 2011

Tidak Tahu atau Tidak Ambil kisah

Hari ni hujan tidak henti-henti, beberapa jalan di bandar sandakan dinaiki air..bukanlah banjir apa pun cuma disebabkan sistem parit yang tidak betul maka banjir kilat sering terjadi jika berlaku hujan lebat. Mungkin bersesuai dengan nama "Bandaraya Alam Semulajadi"...pantang hujan terus dinaiki air.

Tapi post kali ni aku nak cerita tentang pengalamanku semasa solat jumaat tadi, bukanlah niat aku nak mereka-reka cerita, tetapi sekadar memberi peringatan dan kesedaran kepada diriku sendiri dan sahabat seagamaku..

Beberapa gelagat jemaah menarik perhatianku..pertama ada seorang jemaah yang berseluar pendek datang ke masjid, ditangannya ada kain pelikat...pada aku akhlak dia ke masjid untuk solat jumaat sangat baik, tetapi memakai seluar pendik itu agak tidak berakhlak...entahlah aku terpikir sendiri...adakah dia tidak tahu tentang aurat lelaki atau tidak ambil kisah..nak baca tentang aurat lelaki boleh baca kat sini "Aurat Lelaki" aku nak buat post pun dah ada sahabat kita yang buat, so kongsi-kongsi la..


Seorang jemaah lagi dengan bangganya memakai jersi kegemaranya ke masjid..aku pun minat juga dengan kelab-kelab eropah ni, tapi ada batas-batanya. dengan logor besar bertulis "carlsberg" aku tertanya-tanya sendiri sesuai ke baju yang dipakai tu..dah tak ada ke baju lain..kalau nak gi mian bola tak kisah la..dia tidak tahu atau tidak ambil kisah...

Semasa aku sedang asyik mendengar khutbah..tiba-tiba lalu seorang lagi jemaah dengan memakai t-shirt putih, dari belakang aku tengok macam ok, tapi bila dia pusing ke depan..alamak..besarnya gambar tengkorak..nampak brutal betul jemaah tu...aku terfikir..dia nak gi tengok konsert ape ni pakai baju cam tu...adakah dia tidak tahu atau tidak ambil kisah...

Jumaat adalah pengulu segala hari, pada hari ni semua umat islam disuruh solat secara berjemaah atau lebih dikenal sebagai solat Jumaat, tidak bolehkah kita sedikit sopan apabila hendap berjumpa allah..ini hanyalah peringatan untuk diriku dan juga sahabat-sahabatku....tidak ada niat selain itu.

Wednesday, February 2, 2011

Tektik Licik Warga Asing

Pagi ni, semasa membuka Harian Metro Online ter baca berita yang bertajuk "Nikah tebus hutang karpet". Sebenarnya isu seperti ini dah lama berlaku kat tempat kita. Meeka datang pada mulanya hanya sebagai penjual kain, karpet dan mula mesang angan-angan untuk terus duduk dan tinggal kat tempat kita. Strategi yang mereka lakukan ialah cuba berkahwin dengan warga tempatan. Kalau kita lihat di kampung-kampung begitu ramai antara mereka yang datang untuk menjual kain dan karpet. Aku pun tidak faham dengan masyarakat kita, begitu mudah menerima mereka...sehingga mereka begitu bebas bergerak ke sana ke mari. Di tempat au sendiri begitu ramai peniaga kain dan karpet warga pakistan. Mereka ni hidup dalam kumpulan, pendek kata ada sahaja pendatang baru setiap minggu.


Aku rasa disebabkan mereka ni Islam, itulah sebabnya masyarakat kita begitu mudah menerima mereka. Tidak dinafikan ramai dah diantara mereka yang dah berkahwin dengan masyarakat tempatan dan memohon status penduduk tetap....mudahnya. tapi yang hairanya kenapa mereka begitu mudah dan bebas bergerak. Apakah status kemasukan mereka ke negara kita, adakah sebagai pelancong atau pekerja? kalau sebagai pelancong mereka tidak boleh berniaga...kalau sebagai pekerja pun mereka tidak boleh berniaga...tapi hakikatnya kebanyakan dari mereka( warga pakistan atau lebih dikenal sebagai BHAI) adalah peniaga  kain atau karpet. Itu persoalanya dan aku tinggalkan untuk koarang fikir...apa kata nabil.." Lu Pikirlah Sendiri". tapi aku tak nak la guna sebab itu dah jadi trademark dia..apa yang perlu ialah kita kena sentiasa berhati-hati dengan dakyah dan teknik kita jangan mudah gadaikan anak dengan hanya harga karpet yang beratus ringgit dan akibatnya...anak tergadai kedaulatan kita terancam...

Thursday, January 27, 2011

Melayu oh Melayu....

Aku juga Melayu...tapi aku sedih dengan sikap bangsa ku yang suka menipu...terutama menipu bangsanya sendiri....Kenapa situasi seperti ini terjadi, jika Melayu yang anjurkan apa-apa program...pasti ada yang akan ditipu...aku bukanlah nak menyatakan bangsa lain lebih baik...tetapi aku nak jelaskan bahawa Melayu ini sudah pasti "ISLAM".

Melayu cukup suka dengan program atau skim cepat kaya...kerja tak pula suka...tapi kalau program seperti ini merekalah juara...Terbaru ramai Melayu yang kena tipu dengan Melayu....mungkin anda juga tahu atau pernah menerima email spam setiap hari...tentang program ROYALTYFX.COM, aku punya email pun hari-hari dispam...tapi aku tak kisah pun sebab aku sudah maklum tentang sikap Melayu ini....

Semalam aku buka email seperti biasa, dan seprti biasa email aku dispam...tetapi kali ini lain pula tajuk email tersebut" Untuk Mangsa Penipuan Kejam Royaltyfx"...maka aku pun bacalah email tu sampai habis, biasanya aku chek dan delete je...aku kongsikan isi email tu kat korang...bacaa sendiri ye..


Isi email :
"Kita semua dah kena tipu !!

Sepertimana yang kita sedia maklumi, baru-baru ini pihak pengurusan royaltyfx kononnya telah mengalami margin call dan kerugian 100% hingga menyebabkan semua ahli kerugian beribu-ribu ringgit !!

Fakta: Alasan penipuan TERBODOH !! Malas nak huraikan..tanya orang forex sendiri

Malahan, kita juga tidak dipulangkan modal langsung dan pemilik syarikat ini menghilangkan diri begitu sahaja tanpa sebarang tanggungjawab!!

Apa yang mengejutkan, Seorang ahli royaltyfx.com yang juga kakitangan
maybank telah memaklumkan baki terakhir akaun syarikat tersebut berjumlah
lebih RM100K++  selepas pengunguman bankrup mereka dan sehingga email ini dihantar,  pemilik royaltyfx ini mengeluarkan RM10K pada setiap hari !! Baki terkini mereka adalah sekitar 70K !!

Kalau anda tidak percaya, anda boleh minta bantuan rakan2 anda yang bekerja di maybank dan lihat
kebenaran ini!!"

itulah isi email tersebut aku tak ubah sedikit pun, tetapi sebenarnya ada lagi isi email tersebut berkaitan admin royaltyfx.com aku tak sertakan atas sebab-sebab perundangan.

Aku tidaklah hebat mana pun dalam forex ni, tetapi kerugian sebegitu memang tak masuk akal, bagi seorang yang profesional dan berpengalaman...dan pada aku semua yang ditunjukkan itu hanyalah tipu semata-mata. Kalau betul admin royaltyfx berani bagi nombor akaun dan pasword...aku nak tengok rekod urusniaga...nak tahu tak berapa rakan-rakan Melayu kita ni rugi dan ditipu....USD174521.82....korang darab je dengan RM3.50 sebab broker instaforex ni beli harga tu kalau keluarkan duit....FUHHHH banyak tu...aku tunjukkan lah kat korang laporan yang dikatakan rugi tu....

Kalau korang tengok memang nampak sangat tipunya...trade yang dahulu dibuat SL dan TP tapi yang last tu tak ada pulak...kalau dah pro takkan boleh buat silap begitu...kalau yang begitu aku rasa dia sengaja buat tu...dan aku rasa akaun yang dia tunjuk tu adalah akaun demo...kena tipu lagi Melayuku...kalau nak buat analisis banyak lagi tentang akaun tu.... apa-apa pun aku turut bersimpati dengan nasib kaum Melayu ku ini...

Wednesday, January 26, 2011

Dauspozi Dan CNY Blog List


Minggu depan masyarakat cina seluruh dunia akan menyambut tahun baru cina, kat negara kita pun tak kurang hebatnya. yang tak cina pun dah terlebih cina. Aku ada cerita tentang yang tak cina terlebih cina ni...



Kat tempat kerjaku hanya ada seorang cina, kira okey la, tapi bila cuti yang tak cina pulak berlebih-lebih...sanggup kerja hari sabtu semata-mata nak cuti ..aku pun naik heran kenapa yang orang cina selamba je..tapi yang tak cina pulak yang terlebih cina....entahlah...tapi aku pun suka jugak kalau cuti panjang ni...nak tahu kenapa...sebab ada peluang aku turun ke laut...memancing...

Berbalik kepada blog list ni..aku tak pastilah sama ada si Douspouzi ni pun ada darah cina...mana la tahu kan...kita kan negara berbilang bangsa, apa pun tahniahlah kepada Douspouzi kerana membuat peraduan seperti ini...aku pun sebenarnya malas nak join...tetapi mungkin disebabkan blogku dan blog Dauspouzi sama tema kehijauan...terasa pulak nak buat entry pasal blog list ni....

Kepada rakan-rakan bloger yang nak sertai blog list ni boleh la lihat beberapa syarat sah yang telah ditetapkan oleh tuan punya peraduan ini...siapa lagi kalau bukan Dauspouzi...

Selamat Tahun Baru Cina buat seluruh masyarakt cina di Malaysia...
selamat makan buat limau....

Sunday, January 9, 2011

Nak Duit Tak ?

Tak pastilah sama ada anda semua tahu atau tidak, sebenarnya sambil-sambil kita melayari internet dan berblogging ni boleh buat duit.Dari RM0.20 sehingga ratusan hingga ke ribuan ringgit. Ramai yang merasai duit dari internet ni. Saya pun salah seorang dari mereka.

Untuk post kali ini, saya nak cerita sikit beberapa cara anda boleh menjana duit dari internet ni. Yang pertama ialah dengan menyertai rangkain syarikat iklan. Kalau kat tempat kita ni yang top ialah " Nuffnang" tapi sebenarnya ada lagi iaitu "Adverlets". Kebanyakan blog meletakkan iklan Nuffnang. Bagi membuat duit dengan Nuffnang ini syaratnya ialah setiap klik yang dilakukan adalah dengan kerelaan bukan suruhan dari pemilik blog. Ramai blogger yang melawat blog dan memberitahu dah klik iklan, tetapi mereka lupa bahawa mereka baru klik iklan dari blog lain, jejak itu disimpan dikomputer mereka. Klik yang pertama akan dibayar oleh Nuffnang tetapi klik yang kedua dan seterusnya adalah klik yang tidak mendatangkan apa-apa pendapatan kepada blog tersebut. Sedikit tip...sebelum nak klik tu pastikan anda dah clearkan coockies komputer anda.

Kelemahan Nuffnang, membayar apabila klik itu bersih dan kadang iklan tidak ada di blog. kalau ada iklan lain diblog maka status anda tidak Glitterati . Maka kebanyakan blog hanya ada iklan Nuffnang sahaja.
Tetapi ini sebenarnya cara untuk pendapatan internet melalui blog percuma seperti blogger.com. 
Untuk pendapatan kedua ialah dengan  Chrup Chrup, yang ni lebih ok sikit sebab ianya hanya memerlukan anda berkongsi pemberitahuan tersebut dengan rakan anda sahaja. jika rakan anda klik support this camping maka 20 sen akan dibayar kepada anda. kalau 30 orang yang klik kampen anda...20 X 30 dan RM6.00 tapi kalau banyak lagi...banyak la anda dapat. kalau yang belum sertai Chrup Chrup boleh klik kat sini daftar free je..

sambil-sambil tu apa kata korang bagilah sokongan kat kampen saya ni...









Friday, January 7, 2011

Akibat Cemburu, Madu ditetak berkali-kali



JITRA: “Mak cik (ibu tiri) tiba-tiba berang lalu melibas parang ke arah adik, tapi nasib baik adik sempat mengelak. Dia kemudian menyerang ibu dan menetaknya berkali-kali di muka dan kepala. Saya yang cuba membantu turut ditetak di kaki.
“Dalam pergelutan itu, saya sempat merampas parang berkenaan dan mencampaknya ke luar rumah. Mak cik (ibu tiri) berlari ke dalam bilik dan mengurungkan diri, manakala saya keluar mendapatkan bantuan jiran,” kata Nurul Shuhada Saad, 17, mengenai kejadian ibu tirinya menyerang ibunya di rumah mereka di Kampung Seri Muda, Sungai Korok, di sini, pagi semalam.
Akibat kejadian itu, Siti Aminah Hanafi, 40-an, parah di muka dan tangan akibat ditetak madunya yang mengamuk dipercayai kerana cemburu. Nurul Shuhada yang cuba meleraikan pergaduhan itu cedera di kaki kanan.

Suspek yang berasal dari Kuala Nerang berkahwin dengan suami mangsa, Saad Husin, 45, dan menjadi isteri keduanya sejak lebih setahun lalu. Dia yang mempunyai seorang bayi lelaki berusia lapan bulan, dibawa suaminya tinggal serumah bersama madunya sejak dua minggu lalu.


Nurul Shuhada ketika ditemui di Hospital Jitra (HJ), di sini, berkata ketika kejadian dia bersama ibunya berada di dapur sebelum mereka meminta ibu tirinya membawa bayi itu keluar dari bilik untuk diberi makan.

Katanya, kerana tiada jawapan daripada ibu tirinya, dia memasuki bilik untuk membawa bayi itu keluar, tetapi wanita itu berang sebelum melibas parang sepanjang kira-kira 40 sentimeter itu ke arah adiknya, Siti Musliha, 13, yang berada berdekatan.

“Selepas menyerang adik, dia menyerang ibu dan menetaknya berkali-kali di muka dan kepala sebelum saya membantu meleraikan pergaduhan itu,” katanya.

Dua beranak yang cedera itu dibawa ke HJ oleh jiran sebelum Siti Aminah dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, kerana kecederaan serius selain menghidap kencing manis.

Nurul Shuhada berkata, turut berada di rumah berkenaan ketika kejadian ialah adik perempuan bongsunya yang berusia lapan tahun, manakala bapanya tiada di rumah kerana keluar ke kedai makan.

Remaja itu mendakwa sejak madu ibunya berpindah ke situ, kedua-dua mereka kerap bertengkar kerana ibu tirinya terlalu cemburu.

Nurul Shuhada membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, di sini, petang semalam.

Jiran mangsa, Nang Yah Nik Salleh, 52, ketika ditemui berkata dia terkejut apabila ternampak mangsa terduduk di pintu rumah dalam keadaan berlumuran darah dan melambai-lambai meminta tolong kepadanya yang berada kira-kira 10 meter dari rumahnya.

“Sebelum itu saya terdengar suara orang menjerit dan bergaduh. Apabila keluar rumah saya nampak Aminah dalam keadaan berlumuran darah. Saya yang ketakutan segera memberitahu jiran lain sebelum mereka membawanya ke hospital,” katanya.

Nang Yah berkata, sejak kedua-dua madu itu tinggal serumah, dia kerap terdengar mereka bertengkar, tetapi tidak menyangka isteri kedua itu sanggup bertindak sedemikian.

Sementara itu, suami mangsa, Saad ketika ditemui di HSB berkata, hubungan kedua-dua isterinya sebelum ini baik dan tidak pernah menghadapi sebarang masalah.

“Ketika kejadian saya ke kedai makan untuk bersarapan dan apabila pulang saya dapati kejadian ini sudah berlaku. Ketika itu saya dapati jiran kami membantu isteri pertama dan anak-anak ke hospital untuk menerima rawatan.

“Pada saya tiada apa-apa, ini cuma masalah keluarga dan biar ia diselesaikan secara kekeluargaan. Saya tidak mahu hal ini diperbesarkan kerana ia hal keluarga kami,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, selepas kejadian itu isteri keduanya dibawa pulang ke rumah keluarganya di Kuala Nerang.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof mengesahkan polis menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan dijalankan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata tajam.

Katanya, polis mengesan suspek bagi membantu siasatan.

sumber : myMetro

Sunday, January 2, 2011

Azam 2011

Bila tahun baru tentu ramai yang cerita tentang azam tahun baru, aku pun tak kurang juga, ada azam yang tersendiri. Untuk azam tahun ini tak la menarik sangat...cuma nak belajar menabung je...sebelum ni hanya lihat dan pandang je tapi tahun ini nak cuba azam baru....ye azam ku tahun ini " MENABUNG" .

Jom la sape-sape yang nak join...tapi aku nak tabung 1 Dinar untuk satu bulan...12 bulan dah 12 keping dinar..kira ok la kan..baru nak belajar..sekarang dah ada 4 keping, Jom kita menabung.

Related Posts with Thumbnails
4 5 6