Agak lama jugak tak update blog..sibuk yang teramat. Termasuklah sekarang ni macam-macam sistem yang terpaksa menggunakan internet...makin mencabar betul tugas guru sekarang. Jika tidak tahu IT, maka satu bebanan kepada sesiapa sahaja. Bermula dengan maklumat murid, jika dulu dibuat secara manual...sekarang dah online..begitu juga disiplin, saps,sppbs , ehadir, data online...banyak..semuanya memerlukan internet...
Beban dan terbeban,sekolah tiada kemudahan internet,semua sisitem nak online...haru jugak rasaynya...Apa pun akan ku cuba untuk menulis diblog ini walau sebaris ayat.
Warna Warni Kehidupan
Monday, April 9, 2012
Monday, June 6, 2011
Cuti-Cuti Sabah Part 2
Negeri Sabah memang unik dengan kebudayaan dan kecantikan alam semulajadinya, cuma yang tak berapa syoknya boleh dikatakan untuk masuk ke sesuatu taman rekreasi mesti kena bayar, dan bayarannya kadang-kadang dirasakan tidak munasabah. Apa-apa pun yang penting cuti mesti hepi...
Dalam perjalanan balik dari Kota Kinabalu ke Sandakan, banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi terutamanya di daerah Ranau. Jika singgah di Kundasang, sudah terkenal dengan Gunung Kinabalunya serta udara yang sejuk. Selain daripada itu tarikan juga tertumpu kepada pasar sayur dan buahan yang terletak di tepi jalanraya...Kalau sukakan kicauan ungas bolehlah singgah di Kinabalu Park, memang seronok...
Di Ranau ni memang banyak tempat-tempat perlancongan, ada kolam air panas di Poring dan yang saya nak cerita ni adalah tarikan terbaru di sebuah kampung Luanti Baru iaitu ada rawatan terapi ikan kelah...ikanya besar-besar...geram je nak masak lomak cili api...tetapi awas kerana kita dilarang sama sekali menangkap dan menggangu ikan-ikan tersebut kerana ianya telah di Tagal..saya pun tak berapa faham tentang Tagal ni..untuk lebih senang faham, kalau kita ambil,usik atau gangu kita akan didenda mengikut berapa yang mereka minta..kalau minta bayar 100 ringgit tak apa lagi kalau mintak kapal terbang..tak ke nyanya...saya ada ambil beberapa gambar nak kongsi dengan pembaca blog ini, gambarnya tak berapa jelas..sebab kameraku ni hanya cap ayam kampung...nanti ku beli nikon dslr...tunggu air hujan naik harga...Untuk masuk dan membuat terapi ikan kena bayar tau.. Untuk dewasa RM5 seorang, kanak RM2 seorang dan ada masa, setiap keluarga hanya dibenarkan bermain-main dengan ikan selama 15 minit sahaja...berbaloi ke bayar RM5 hanya 15 minit je..kalau nak mandi bersama ikan bayaranya RM10....entahlah tak faham aku dengan sisitem kat sini...apa pun layan je gambar kat bawah...
nampak tak ikan-ikan tu sedang berpusing-pusing kat kaki...saiz ada yang lebih 3 kilo seekor..
tu yang nampak hitam-hitam tu adalah ikan kelah...
Sunday, June 5, 2011
Cuti-Cuti Sabah
Sempena cuti sekolah bawak anak jalan-jalan area Kota Kinabalu...pusing punya pusing...penatnya tak terkira...terpikir pulak kalau lepak dekat kawasan hutan lipur best jugak ni..tapi kat area KK ni aku tak berapa arif sangat..so teringat kawan kata pergi zoo pun ok jugak. Zoo tersebut terletak di lok kawi, tak berapa jauh dari bandaraya KK, best jugak la..kawasanya memang luas dan betul-betul alam semulajadi. sape-sape yang datang KK jangan lupa singgah di Zoo Lok Kawi ye..rugi tak pegi.
Inilah kenderaan yang kami gunakan namanya TREM...nak jalan penat so bayar je la ye.. Harga untuk masuk ke zoo ini, pada pendapat saya agak mahal jugak. Dewasa RM10 dan Kanak-kanak RM5 seorang , yang berumur bawah 3 tahun free. Tambang TREM pulak RM2 seorang...kalau penat berjalan kena bayar pas masuk dan juga TREM... Jom tengok gambar yang sempat diambil...
Rimau sedang lepak bawah pokok Buluh Perindu...
Gajah nak minta air bandung ku...
Banyak lagi gambar yang diambil tapi tak dapat nak upload semuanya sebab berukbandku dah limit...lambat bangat oiiii...inilah gambar pasukan bola sepakku..
Wednesday, June 1, 2011
Hadiah....
Tentu kita akan rasa gembira bila dapat hadiah kan, hari ni aku nak cerita sikit tentang hadiah yang aku tidak berapa suka dengan pemberian hadiah tersebut. Bukanlah tidak bersyukur...tapi rasanya kurang sesuai. Baru-baru ini sekolah aku ada membuat sambutan hari guru. Dua hari kami sambut, hari pertama acara pandang. Bermacam-macam acara yang dijalankan. Memang sungguh seronok, maklumlah setiap hari sibuk duk ngajar je mana ada masa nak main-main permainan tradisi. Dengan adanya sambutan tersebut dapatlah lupakan seketika penat dan lelah mendidik anak bangsa. Untuk hari kedua kami adakan acara dewan. Salah satu acara tradisi ialah pertukaran hadiah antara guru. Tahun ini dan tahun lepas aku tercabut guru perempuan. Aku seperti biasa kalau bab hadiah ni aku tak berkira sangat....maklumlah setahun sekali nak bagi hadiah kat cikgu...Aku pulak tak tahu siapa yang tercabut namaku. Sehinggalah hari tersebut barulah aku tahu rupanya salah seorang guru perempuan yang tercabut namaku...aku tak kisah siapapun yang tercabut namaku. Acara bertukar hadiah berlangsung...aku terima dengan hati terbuka...kotaknya cukup besar..tetapi agak ringan...aku terpikir apa agaknya ye...dan sampai dirumah aku terus membuka kotak tersebut....kotak air mineral...tapi barangnya belum aku lihat...ape agaknya...apabila semuanya sudah terbuka...aku rasa tidak gembira langsung dengan hadiah tersebut....korang nak tahu tak apa hadiahnya....tengok kat bawah..
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V
ini lah bendanya....gembira tak?
Sunday, May 29, 2011
Holiday...Cuti..Cuti....Cuti
Mesti inilah yang yang sering di jeritkan oleh budak-budak bila tiba musim cuti sekolah, bagi guru-guru pulak musim ni la nak berehat sekejap setelah berpenat lelah mengajar anak-anak murid tanpa mengira waktu. bermacam-macam plan diatur kan. Tapi ada juga sekolah yang telah mengatur jadual kelas tambahan lebih awal untuk guru-gurunya...cuti sambil belajar la jadinya...
Bagi ibu bapa mereka juga dah plan baik-baik cuti ni, ada yang nak anak-anak batu mereka di sawah atau ladang...kalau yang lelaki dah tentu dah pikir nak gi rempit dan membuang masa...apa pun yang anda plan aku ucapkan selamat bercuti..hati-hati dijalanraya kerana jalanraya tak pernah bercuti dan yang paling mau ingat...malaikat maut tak pernah ambil cuti...
Bagi ibu bapa mereka juga dah plan baik-baik cuti ni, ada yang nak anak-anak batu mereka di sawah atau ladang...kalau yang lelaki dah tentu dah pikir nak gi rempit dan membuang masa...apa pun yang anda plan aku ucapkan selamat bercuti..hati-hati dijalanraya kerana jalanraya tak pernah bercuti dan yang paling mau ingat...malaikat maut tak pernah ambil cuti...
Saturday, May 21, 2011
Al-Fatihah untuk Blogger Telordibasuh
Terkejut jugak terima berita ini, maklumlah aku boleh dikatakan setiap hari akan ke blog beliau untuk baca entry2 yang lain dari yang lain. tapi bila aku masuk hari ini lain pulak yang berita dan entry yang aku terbaca.
Assalamualaikum wbt
Untuk makluman tuan/puan, Abdul Hakim Bin Mohd Kamal (owner Telordibasuh) telah kembali kerahmatullah pada 19 May 2011 bersamaan 15 Jamadilakhir 1432H.
walaupun aku hanya mengenali beliau hanya dari penulisannya, tetapi sebagai saudara seagama aku doakan agar beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...amin AL-FATIHAN..
Al-Fatihah....
Untuk makluman tuan/puan, Abdul Hakim Bin Mohd Kamal (owner Telordibasuh) telah kembali kerahmatullah pada 19 May 2011 bersamaan 15 Jamadilakhir 1432H.
walaupun aku hanya mengenali beliau hanya dari penulisannya, tetapi sebagai saudara seagama aku doakan agar beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...amin AL-FATIHAN..
Monday, May 16, 2011
Spekulasi Osama Ben Laden
Kewujudan Osama oleh Amerika dan kematian juga di buat oleh Amerika, sebelum ini kita tak tahupun wujudnya Osama ben Laden.
Kalau diperhatikan secara betul macam teknik impose menggunakan photoshop je....wallahualam
Komen Tn. Guru Nik Aziz Nik Mat
- Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
- Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
- Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
- Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
- Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?
Sekian, wassalam.
TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.
lihat video tentang pengumuman kematian beliau.
Subscribe to:
Posts (Atom)






