Monday, June 6, 2011

Cuti-Cuti Sabah Part 2

Negeri Sabah memang unik dengan kebudayaan dan kecantikan alam semulajadinya, cuma yang tak berapa syoknya boleh dikatakan untuk masuk ke sesuatu taman rekreasi mesti kena bayar, dan bayarannya kadang-kadang dirasakan tidak munasabah. Apa-apa pun yang penting cuti mesti hepi...

Dalam perjalanan balik dari Kota Kinabalu ke Sandakan, banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi terutamanya di daerah Ranau. Jika singgah di Kundasang, sudah terkenal dengan Gunung Kinabalunya serta udara yang sejuk. Selain daripada itu tarikan juga tertumpu kepada pasar sayur dan buahan yang terletak di tepi jalanraya...Kalau sukakan kicauan ungas bolehlah singgah di Kinabalu Park, memang seronok...

Di Ranau ni memang banyak tempat-tempat perlancongan, ada kolam air panas di Poring dan yang saya nak cerita ni adalah tarikan terbaru di sebuah kampung Luanti Baru iaitu ada rawatan terapi ikan kelah...ikanya besar-besar...geram je nak masak lomak cili api...tetapi awas kerana kita dilarang sama sekali menangkap dan menggangu ikan-ikan tersebut kerana ianya telah di Tagal..saya pun tak berapa faham tentang Tagal ni..untuk lebih senang faham, kalau kita ambil,usik atau gangu kita akan didenda mengikut berapa yang mereka minta..kalau minta bayar 100 ringgit tak apa lagi kalau mintak kapal terbang..tak ke nyanya...saya ada ambil beberapa gambar nak kongsi dengan pembaca blog ini, gambarnya tak berapa jelas..sebab kameraku ni hanya cap ayam kampung...nanti ku beli nikon dslr...tunggu air hujan naik harga...Untuk masuk dan membuat terapi ikan kena bayar tau.. Untuk dewasa RM5 seorang, kanak RM2 seorang dan ada masa, setiap keluarga hanya dibenarkan bermain-main dengan ikan selama 15 minit sahaja...berbaloi ke bayar RM5 hanya 15 minit je..kalau nak mandi bersama ikan bayaranya RM10....entahlah tak faham aku dengan sisitem kat sini...apa pun layan je gambar kat bawah...
nampak tak ikan-ikan tu sedang berpusing-pusing kat kaki...saiz ada yang lebih 3 kilo seekor..
 tu yang nampak hitam-hitam tu adalah ikan kelah...



7 comments:

Unknown said...

ikan kelah boleh makan eh? huhu

Semut Senyum said...

kat pahang ade tmpat penjagaan ikan kelah... ikan kelah mmg mahal... ari tu saya pgi kuala tahan, mandi n bagi ikan kelah makan, best sgt2....

BP said...
This comment has been removed by the author.
BP said...

amir: ikan kelah termasuk dalam spesis ikan sungai yang mahal harganya..seekor boleh mencecah ratusan ringgit..

Cik semut: Kuala pahang..nak juga pegi..saya tinggal kat felda purun tak jauh dah rasanya kan...tapi tak pernah pergi...

Semut Senyum said...

ada kesempatan nanti pergi lah...seronokk....

zazaw said...

wah
best nya dapat jenjalan
kan

RinsyaRyc said...

best nya... Tak penah smpai sana ^^


http://bulatmata.blogspot.com/
BulatMata

Related Posts with Thumbnails
4 5 6