Friday, July 30, 2010

BAHAYA MICROWAVE OVEN

Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya  microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas ...menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan.

Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata.  Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit...nyit...nyit dan tinggg...! Makanan panas sudah pun  terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven.

Cara masak melawan fitrah

Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di  bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar.

Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun telah dimasak  sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang!

Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan.

Ketuhar pengancam nyawa


Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan  1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai  kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan  gelombang mikro kepada kesihatan manusia. Kesemuanya merumuskan bahawa  ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya.

Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad  sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang  berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya,
menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada  meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa!

Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan  orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser.

Makanan jadi toksik

Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik  menggerakkan molekul-molekul makanan. Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan  molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik  yang menyebabkan alahan kepada manusia.

Badan tak kenal makanan

Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi  yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan  manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan.

Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel  lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang  mengumuhkannya dengan pantas.

Sesungguhnya telah banyak bukti  saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar  gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana  keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda.


Penemuan mengejutkan

Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak  menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan  berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi'i.  Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss  Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for  Biochemistry.

Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro  gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati  paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat  anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan.

Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?

Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang

Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:

1. Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak). 
2. Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.
3. Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro.
4.  Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
5. Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
6. Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser  meningkat.
7.  Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.
8. Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
9. Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan  merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum  darah.
10. Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.

Fikirkan...

Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap  hati? Atau pernahkah terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina - perempuan mahu jadi lelaki dan
yang lelaki mahu jadi perempuan? Fenomenanya krisis identiti dan gender  kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah  kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada  makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.

Selain  pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan makanan yang mengancam kesihatan ini kalau bukan kita sendiri? Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa siuk. Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang.

Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya.

Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu.  Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan  yang mengancam nyawa!


Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang  mikro kepada nyawa manusia. Antaranya:

http://www.mercola.com/article/microwave/hazards2.htm
http://www.cancersalves.com/article/microwave.html
http://www.indigosun.com/august99/microwave.html

Thursday, July 15, 2010

Meh semak karangan ni....


Berapa nak bagi untuk yang atas....

yang ni berapa nak bagi.....

Monday, July 12, 2010

Antara Kereta Sport Dan Al-Quran

Email yang kuterima hari ini cukup bererti, biarlah aku kongsi dengan sahabat-sahabat semua;
Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport
daripada ayahnya…lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama…si ayah hanya tersenyum… si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..

Beberapa bulan berlalu…ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya. .telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan… satu hari…si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya…sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang… si anak tersenyum puas…di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu…

Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik…si anak terkesima… sungguh.. .bukan itu yang kuhajatkan.. . dengan hati yang berat…kotak itu bertukar tangan…matanya  terarah kepada riak wajah ayahnya…yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya…

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu…penutup kotak dibuka…apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan…si anak memandang ayahnya…terasa dirinya dipermainkan. ..amarahnya membuak…nafsu mudanya bergelojak..ayah sengaja mempermainkan saya…ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta  tu…bukannya ayah x mampu utk membelikannya…sudah ayah…bukan al-Quran ni yang saya nak…katanyakeras…al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan…si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesaat untuk si ayah bersuara…pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya…memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya…

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta…punyai syarikat sendiri…dengan isteri yang
cantik dan anak-anak yang sihat…cukup membahagiakan…namun hatinya tersentuh… Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya…sedang dia berkira2 sendiri…telefonny a berdering…dari peguam ayahnya…ayahnya meninggal dunia semalam…dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak…si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta…

Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa…si anak pulang ke banglo ayahnya…memerhatikan
banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya…hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya…Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ…bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini…perlahan2 langkahnya menuju ke situ…mengambil al-quran itu..membelek2- nya dengan penuh keharuan…tiba- tiba…jatuh sesuatu dari Al-quran itu…segugus kunci…di muka belakang Al-quran itu…sebuah sampul surat ternyata diselotepkan
disitu…

Kunci itu segera dipungut…hatinya tertanya-tanya. ..nyata sekali…di dalam sampul surat itu…terdapat resit pembelian kereta idamannya… dibeli pada hari konvokesyennya…Dengan bayaran yang telah dilunaskan oleh si ayah…sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku….air mata si anak menitis deras…hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang…Namun semuanya sudah terlambat…

Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak “dibungkus”, didatangkan atau diberi dalam keadaan yang kita hajati??

kredit untuk: Ceritadunaiku

Saturday, July 10, 2010

Berkopiah..dan Berjubah..Tapi Pencuri..

Apa nak jadi dengan masyarakat Islam sekarang, buat malu agama je...pakai kopiah bukan main alim...tapi perangai macam T***, aku tengok pun naik geram...apa punya manusia macam ni...korang tengokla sendiri..kalau terasa komen la apa yang patut...



ANUGERAH PIALA DUNIA


Piala dunia dah nak habis...pagi nanti pasukan German akan menentang Uruguay, kalau mengikut ramalan sotong si Paul, German yang menang, tetapi apalah sotong itu tahu, mungkin pagi nanti ada keajaiban untuk Uruguay.
Dan sudah tentu pada 12 Julai seluruh dunia akan tertumpu kepada perlawanan akhir antara Belanda dengan Spain...aku sokong Spain. tengok la si sotong sokong sape...lantak la..sotong ni bukan main pun..


Terdapat enam anugerah yang bakal dianugerahkan kepada pemain-pemain antaranya:-

1.“Kasut Emas Adidas” (dulu dikenali sebagai “Kasut Emas”, atau kadangkala “But Emas”, pertama kali dianugerahkan dalam tahun 1930) untuk penjaring terbanyak;

2.”Bola Emas Adidas” untuk pemain terbaik (dulu dikenali sebagai “Bola Emas”, pertama kali dianugerahkan pada 1982);

3.“Anugerah Yashin” untuk penjaga gol terbaik (pertama kali dianugerahkan pada 1994);

4.“Anugerah Permainan Bersih FIFA” bagi pasukan yang mempunyai rekod terbaik dalam permainan bersih (pertama kali dianugerahkan pada 1978);

5.“Anugerah Pasukan Penghibur Terbaik” bagi pasukan yang berjaya menghiburkan orang awam semasa kejohanan Piala Dunia, dinilai daripada satu undian umum, pertama kail    dianugerahkan pada 1994;

6.”Pemain Muda Terbaik Gillette” dihadiahkan kepada pemain di bawah 21 tahun bermulanya tahun kalendar, yang mana pertama kali dianugerahkan pada 2006.

tapi anugerah kat bawah ni pun kira hebat jugak ni...tengok la kalau tak caya...

betul kan...ha..ha..ha

Wednesday, July 7, 2010

Iman, Kamu Cuti hari Ini..?


Iman : Assalamualaikum.

Diri : Waalaikumussalam. Oh,encik iman! Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang ke pejabat. Kamu cuti ke?

Iman : Apa pulak cuti bos. Saya kan diberikan cuti.

Diri :Oh ye,lupa. Itu la, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En.Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam-kabut lak. Lepas terdengar ustaz kat tv  berceramah hari itu, saya teringatkan kamu.

Iman : Jadi saya boleh kembali bekerja la bos? Saya boleh ambik balik jawatan saya dari en.nafsu?

Diri : Eh,tak boleh3x. Saya sayang sangat nak pecat en.nafsu. Walaupun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi, tapi dia berjaya mengiburkan saya. (sambil tersenyum..)

Iman : Kalau macam tu, lebih baik saya berundur.(dgn nada sedih)

Diri : Eh,jangan! Tolonglah saya. Saya tak boleh kehilangan kamu.(sambil merayu)

Iman : Tapi bos, kami tak mungkin boleh bersama dalam satu syarikat. Perbezaan antara kami sangat besar. Saya tengok en.nafsu tu macam anti sangat je dengan saya.

Diri : Aduh, rasa serba salah la pulak saya.(keliru)

Iman : Macam ni la bos. Bos boleh pilih satu je. Bos perlu bermujahadah untuk pecat en.nafsu, bos.

Diri : Saya tahu. Jauh dalam lubuk hati saya, saya amat memerlukan kamu, en. Iman. Rasa iri hati saya tengok syarikat sebelah ustaz kat sebelah. Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat juga en.nafsu, tak kiralah apa yang berlaku.en.iman, saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat, puasa, zikir, al-qur’an dan apa-apa yang patut.

Iman :Alhamdulillah,syukur sangat. Nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak lagi bernas. Kalau bos teruskan prestasi cemerlang ni,saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh ceo (Allah S.W.T) sebagai muttaqin.


Pengajaran:

Kitalah bos kepada diri sendiri. Dan kitalah yang menguruskan semua tentang diri, makan, minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. Apa yang penting adalah bagaimana kita menguruskan iman kita (macam planner).
Oleh itu, lakukanlah keputusan terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang dapat menyuburkan iman. Malahan, jangan sesekali ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai palit dosa masuk ke dalam diri.

Dipetik: Majalah Solusi Isu No.13 (2009)

Thursday, July 1, 2010

Kalau Tuhan Dikenali

Sempena esok ahari Jumaat, Jom kita segarkan telinga dan jiwa kita dengan halwa merdu dari kumpulan Mawadah, sape-sape nak ikut pun boleh sebab aku dah sediakan liriknya..silakan


  
Kalau tuhan kita kenali
kasih sayang dan peranan-Nya
Kalau tuhan kita fahami
keagungan dan kekuasaan-Nya

kalau tuhan kita rasakan
betapa dia sangat cintakan hamba-Nya
kita akan sanggup berjuang,sangup mati kerana-Nya
kita kan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya

Cintailah tuhan, dia adalah segala-Nya
korbankalah apa saja kerana-Nya
cintakan tuhan cinta paling mahal
cintakan selain tuhan cintal murahan

Kalau tuhan kita kenali
Dialah segala-gala-Nya
Kalau tuhan kita fahami
Dialah pengurus seluruh keperluan kita
kalau lah kita faham  tuhan siapa  sebenar-Nya

kita akan sanggup menerima ujian keran-Nya
kita sanggup buat apa saja demi cinta pada-Nya
kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya
kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya

cintailah tuhan dia dalah segala-Nya
korban apa sahaja kerana-Nya
cintakan tuhan cinta yang abadi
cintakan selain tuhan cinta murahan




Related Posts with Thumbnails
4 5 6