Tuesday, December 22, 2009

Teruknya sikap pemandu kita

Sering kali kita baca berita kemalangan jalanraya dan sudah tentu ada saja berita kematian. Sebenarnya apa saja peraturan yang dibuat atau undang-undang yang digubal tidak akan mengurangkan jugak kemalangan ini. Faktor utama sebenarnya ialah sikap pemandu itu sendiri.

Seperti hari ni, aku drive dari kota bharu ke termerluh. Pelbagai ragam dan gaya serta sikap tidak sopan dan bertimbangrasa pemandu-pemandu kita. Banyak betul kesalahan lalu lintas yang mereka buat dan kadang kala aku rasakan mereka ini sendiri yang mencari ajal. Untuk berkongsi dengan rakan-rakan aku senaraikan perangai pemandu kita.

1. Memotong tidak kira tempat, double line ke, selekoh ke, potong jarak dekat dan masuk didepan secara mengejut.

2. Memandu dengan laju dan melebihi had laju. Jalan persekutuan/negeri 90km sejam tapi mereka bawak 120/jam. Lebuh raya lagi dasyat..110km/jam tapi rasanya 160 ke atas..dan aku juga terserempak dengan satu kemalangan di lebuh raya pantai timur selepas plaza tol gambang, sebuah merc berputar dan melangar bukit. pemandunya tak lah aku tahu macam mana, kereta nampak teruk betul.

3. Tidak mengendahkan pemandu lain, petingkan diri sendiri. Potong dan masuk didepan sesuka hati...terutama bagi pemandu yang memandu kereta import..bmw,honda, toyota,hyundai...merc..mereka ni aku tengok dengan kepala aku sendiri...dahlah bawak laju gila...macam panggil ajal je...mereka ingat kereta import tak excden kot. entahlah...

4. Panas baran, pantang dipotong terus kejar dan nak potong balik kereta yang potong kereta mereka...lebih-lebih lagi kalau saga potong bmw...makan asaplah saga tu...aku pun tak tahu apa yang ada dalam kepala otak diaorang...ish..ish.. mungkin masa dia belajar memandu dulu cikgu dia ajar macam tu kot...

alamak...balckout plak...aku stop sini dulu la...

Friday, December 18, 2009

Apa dah Jadi dengan Darul iman?

Hari ni aku sekeluarga balik ke kota baru. Sampai di Kg. Dendang kalau tak salah aku...singgah solat jumaat kat situ. Aku tengok masjidnye besar dan luas...makmumnya ciput je. itu pun termasuk musafir macam aku yang singgah ramai lah jugak. Ada beberapa perkara yang aku rasa tak berapa seronok kat sini.

1. Imannya sudahlah berumur...membaca pun sangkut-sangkut, kenapa tidak dicari pelapis...bagilah belia atau yang lebih muda untuk baca khutbah. Aku tengok pun kesian kat iman tu...mana perginya pihak yang bertanggungjawab. Bila lagi nak melatih pelapis khatib dan imam.

2. Ini yang tak berapa bagus tentang remaja kat sini, aku sendiri rasa mahu je pelempang kat budak-budak tu. Masa orang tengah sembahyang, belia-belia tu duk sembang je dibelakang....sampailah habis solat. tetapi bila semua orang bagi salam diaorang pun kononnya sama-sama jugak bagi salam. Entahlah apa nak jadi dengan belia-belia ni... dalam masjid masa sujud pada Allah pun mereka masih bersenda dan bermain....aku sendiri pun tak faham.

Tak tahu nak salahkan siapa....tapi aku rasa sesuatu perlu dilakukan agar belia-belai ini tidak membesar dengan akhlak yang buruk.

Wednesday, December 16, 2009

Mudahnya kerja...

Kelmarin aku bawak anak pergi ke sebuah kelinik kesihatan, anakku tiba-tiba panas badan. Nak pegi klinik swasta, jauh la pulak. So pegi je la ke klinik kesihatan yang berada 200 meter je dari rumah.

Setelah mendaftar, maka dipanggillah ....aku tulislah dialongnye..
Pembantu Perubatan (PP): sakit apa?
Aku: badannya panas,batuk-batuk, deman agaknya?
PP : bila lagi?
Aku: semalam.
PP: (ambil terteskop test kat dada) dan bertanya umur berapa?
Aku : 1 tahun 4 bulan
PP: (belek nota kat meja tengok senarai ubat dengan umur) terus tulis jenis ubat...
Aku: konfius...betul ke PP ni...nak bagi ubat masih tengok panduan kat atas meja...ish.ish.. dah la tak buat pemeriksaan yang betul...

Itulah sikap Pembantu Perubatan di kebanyakan klinkik dan hospital kerajaan....macam mana masyarakat nak pegi hospital kalau macam ni sikap dan kualiti kerja diaorang...

Aku ...cukuplah sekali aku pegi klinik ini...pas ni tak mau dah kalau PP itu masih disitu.

Friday, December 11, 2009

Serban dan Kupiah Merah

Hari ini Jumaat...kebetul aku singgah di pondok( istalah masyarakat kelantan bagi tempat belajar agama). Dan terlihatlah kepada aku perbezaan sebuah serban putih dan kupiah merah. Sebelum itu bukan maksud aku untuk merendah-rendahkan sesiapa. Tetapi aku teringat kata-kata Allah..."Sesungguhnya manusia yang tinggi darjat dia disisi Allah ialah mereka yang lebih bertaqwa". Tentu anda masih tertanya tanya apa cerita sebenarnya antara seban dan kupaih?.

Begini ceritanya...semasa aku bersama-sama makmum lain sedang mendengar khutbah....dan setelah khutbah selesai, maka semua makmun hendak mendirikan solat. Disinilah aku lihat perbezaan antara serba dan kupiah. Masjid tempat aku singgah solat jumaat ini, boleh dikatakan separuh daripadanya adalah murid-murid pondok yang belajar agama. Dah tentu mereka dah belajar tentang pelbagai sifat-sifat nabi dan sahabat. Jemaah terlalu ramai dan menyebabkan sejadah yang dibekalkan tidak mencukupi. Ramai juga diantara makmum yang membawa sejadah sendiri.

Yang menarik perhatian aku ialah...pelajar-pelajar pondok ini, langsung tindak mengendahkan makmum yang berada disebelahnya. Mereka hanya membentangkan sejadah tersebut untuk diri mereka sahaja. Sedangkan makmum disebelah hanya beralaskan mozek dan batu marmar. Hatiku terus berkata" inikah akhlak yang ditunjukakan oleh seorang yang berserban putih". Aku tahu sejaha itu dia beli tidak berkongsi pun dengan orang lain....tetapi adakah salah jika dia membentangkan juga untuk makmum yang disebelahnya. Aku mula terfikir...ilmu agama apa yang dipelajari...hanya mementingkan diri. Sedangkan jika kita baca sejarah tentang persaudaraan Muhajirin dan Ansar.....cukup indah. Ini nak berkongsi sejadah pun tak mahu...ish..ish...

Perhatian aku tertarik pula kepada seorang makmum yang berkupiah merah...sanggup berkongsi sejadah dengan makmum disebelahnya. Aku mula terfikir lagi....serban bukanlah bererti apa-apa. mungkin serban itu hanya satu tradisi pelajar-pelajar pondok. Biarpun si kupiah itu hanya dengan baju kemeja berlengan pendek...tetapi dia lebih menunjukan sifat persaudaraan sesama Islam. Si serba dengan jubah putih....tetapi tindakanya tidak mencerminkan...pakaiannya.

Hati yang ikhlas sukar dicari....serban dan jubah banyak dijual disini.....

Friday, December 4, 2009

Doa dan kehebatannya...Puluhan ribu rakyat berhimpun sokong Tok Guru

Dalam minggu lepas gempar seluruh Malaysia tentang doa Tuan Guru mohon Allah bukakan pintu hati PM agar membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan sekiranya beliau PM tidak mahu berbuat demikian, Tuan Guru minta Allah kenakan bala ke atasnya.

Eh...takakn dengan doa pun takut...bukanye senapang, itu yang bikin heran. Dan macam-macam tomahan yang dilemparkan kepada Tok guru...ish..ish..ish mereka semuanya memang tak reti dan faham bahasa. Doa Tok Guru kalau PM tak kasih baru doa bala, kalau kasin tak de apa-apa lah. Apa yang nak takut kalau tak buat salah. Orang yang lemah macam Kerajaan Kelantan dengan doa saja yang dapat mereka buat. Minta dengan Allah, minta dengan PM tak bagi...salah ke?

Kelmarin adalah beberapa orang, dengar kata orang adalah 40 orang lebih dan yang lawaknya ada yang merungut....kata nak bayar RM50....tapi bayar RM5 je...ish..ish..ish kenap pulak jadi macam tu....kesian kat depa duk berdemo dalam hujan. harga payung pun RM10....tak balik modal tu.

Dan 4/12/2009 seperti biasa Tok Guru akan mengadakan kuliah dan ceramah agama di Medan Ilmu....lebih dari 5000 orang yang hadir...itu aku jangka je sebab tak boleh nak bilang tapi memang ramai. Ditambah pula dengan kedatangan penyokong dari suku kaum cina, india menyatakan sokongan kepada Tok Guru. Mereka semua datang sendiri tanpa dibayar malah menghulurkan lagi derma untuk tabung-tabung yang disediakan. Aku rasa inilah perbezaan ketara antara PAS dan UMNO....fikir-fikirkan.

Dan ternyata masyarakat Kelantan masih sayangkan pemerintahan Tok Guru. Aku pun sokong Kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat.

Lebih menarik lagi apabila pemimpin masyarakat Cina, India dan Siam turut berucap di hadapan ribuan yang hadir.




Ah Seng mewakili masyarakat Cina menyatakan kaum tersebut di Kelantan dapat hidup aman damai di bawah pemerintahan PAS yang dipimpinan Tok Guru.
“Masyarakat Cina berdiri teguh di belakang Tok Guru. Kami masyarakat Cina menentang keras usaha-usaha pihak lawan yang mahu menjatuhkan Menteri Besar,” katanya diikuti laungan takbir orang ramai.


Tharuman wakil masyarakat India juga menyatakan masyarakat India di Kelantan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Tok Guru. Ucapan dalam bahasa Tamil membuat orang ramai menjadi riuh rendah seketika.

Wakil institusi pondok tradisional di Kelantan, Ustaz Awang Yusof dari Pondok Gelang Mas, Pasir Mas secara terbuka meminta rakyat Kelantan tanpa mengira agama dan bangsa memberi sokongan padu kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Wakil KeADILan yang begitu bersemangat berucap berkata, ribuan rakyat yang hadir hari ini tidak dibayar sesen pun untuk hadir menyatakan sokongan kepada Menteri Besar.

“Tidak ada sebuah kerajaan yang bersih di negara ini kecuali Kelantan sepanjang ditadbir Tok Guru hampir 20 tahun,” ujarnya.

Tuesday, December 1, 2009

Nukilan Pertamaku

Dulu masa sekolah, tengok orang bercinta, aku pun nak bercinta....tak kisahlah cinta monyet ke beruk ke atau apa-ape je lah yang diaorang bagi nama. Bab cinta ni aku memang baik...tak pernah pun aku pegang tangan awek aku....tapi awek aku lak yang nak pegang tangan aku....ish-ish-ish aku kesain kat dia jadi terpaksa la aku pegang....ambik ati takut nanti merajuk pulak.....maklumlah awek lawa.

tapi tangan je, yang lain-lain aku tak pegang. tak macam budak sekarang....ish-ish-ish teruk betul berlambak kat youtube dan internet perangai bangang budak-budak sekarang. Kesian betul alu kat mak bapak diaorang....kalau tahu nak jadi hantu macam tu masa kecil-kecil dulu buang je kat lombong, dah besar menyusahkan mak bapak pulak.

Berbalik kepada cerita aku, memang kalau ikut gelora hati....kita nak buat macam-macam lebih-lebih lagi kalau lampu hijau....tapi aku bersyukur sebab aku masih dilindungi tuhan agar tidak melakukan kemungkarannya....syukur padaNya.

Kini aku dah kahwin, dan ternyata jodohku bukan dengan awekku.....coretanku akan bersambung di post yang akan datang....
Related Posts with Thumbnails
4 5 6