Friday, December 4, 2009

Doa dan kehebatannya...Puluhan ribu rakyat berhimpun sokong Tok Guru

Dalam minggu lepas gempar seluruh Malaysia tentang doa Tuan Guru mohon Allah bukakan pintu hati PM agar membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan sekiranya beliau PM tidak mahu berbuat demikian, Tuan Guru minta Allah kenakan bala ke atasnya.

Eh...takakn dengan doa pun takut...bukanye senapang, itu yang bikin heran. Dan macam-macam tomahan yang dilemparkan kepada Tok guru...ish..ish..ish mereka semuanya memang tak reti dan faham bahasa. Doa Tok Guru kalau PM tak kasih baru doa bala, kalau kasin tak de apa-apa lah. Apa yang nak takut kalau tak buat salah. Orang yang lemah macam Kerajaan Kelantan dengan doa saja yang dapat mereka buat. Minta dengan Allah, minta dengan PM tak bagi...salah ke?

Kelmarin adalah beberapa orang, dengar kata orang adalah 40 orang lebih dan yang lawaknya ada yang merungut....kata nak bayar RM50....tapi bayar RM5 je...ish..ish..ish kenap pulak jadi macam tu....kesian kat depa duk berdemo dalam hujan. harga payung pun RM10....tak balik modal tu.

Dan 4/12/2009 seperti biasa Tok Guru akan mengadakan kuliah dan ceramah agama di Medan Ilmu....lebih dari 5000 orang yang hadir...itu aku jangka je sebab tak boleh nak bilang tapi memang ramai. Ditambah pula dengan kedatangan penyokong dari suku kaum cina, india menyatakan sokongan kepada Tok Guru. Mereka semua datang sendiri tanpa dibayar malah menghulurkan lagi derma untuk tabung-tabung yang disediakan. Aku rasa inilah perbezaan ketara antara PAS dan UMNO....fikir-fikirkan.

Dan ternyata masyarakat Kelantan masih sayangkan pemerintahan Tok Guru. Aku pun sokong Kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat.

Lebih menarik lagi apabila pemimpin masyarakat Cina, India dan Siam turut berucap di hadapan ribuan yang hadir.




Ah Seng mewakili masyarakat Cina menyatakan kaum tersebut di Kelantan dapat hidup aman damai di bawah pemerintahan PAS yang dipimpinan Tok Guru.
“Masyarakat Cina berdiri teguh di belakang Tok Guru. Kami masyarakat Cina menentang keras usaha-usaha pihak lawan yang mahu menjatuhkan Menteri Besar,” katanya diikuti laungan takbir orang ramai.


Tharuman wakil masyarakat India juga menyatakan masyarakat India di Kelantan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Tok Guru. Ucapan dalam bahasa Tamil membuat orang ramai menjadi riuh rendah seketika.

Wakil institusi pondok tradisional di Kelantan, Ustaz Awang Yusof dari Pondok Gelang Mas, Pasir Mas secara terbuka meminta rakyat Kelantan tanpa mengira agama dan bangsa memberi sokongan padu kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Wakil KeADILan yang begitu bersemangat berucap berkata, ribuan rakyat yang hadir hari ini tidak dibayar sesen pun untuk hadir menyatakan sokongan kepada Menteri Besar.

“Tidak ada sebuah kerajaan yang bersih di negara ini kecuali Kelantan sepanjang ditadbir Tok Guru hampir 20 tahun,” ujarnya.


No comments:

Related Posts with Thumbnails
4 5 6