Tuesday, December 22, 2009

Teruknya sikap pemandu kita

Sering kali kita baca berita kemalangan jalanraya dan sudah tentu ada saja berita kematian. Sebenarnya apa saja peraturan yang dibuat atau undang-undang yang digubal tidak akan mengurangkan jugak kemalangan ini. Faktor utama sebenarnya ialah sikap pemandu itu sendiri.

Seperti hari ni, aku drive dari kota bharu ke termerluh. Pelbagai ragam dan gaya serta sikap tidak sopan dan bertimbangrasa pemandu-pemandu kita. Banyak betul kesalahan lalu lintas yang mereka buat dan kadang kala aku rasakan mereka ini sendiri yang mencari ajal. Untuk berkongsi dengan rakan-rakan aku senaraikan perangai pemandu kita.

1. Memotong tidak kira tempat, double line ke, selekoh ke, potong jarak dekat dan masuk didepan secara mengejut.

2. Memandu dengan laju dan melebihi had laju. Jalan persekutuan/negeri 90km sejam tapi mereka bawak 120/jam. Lebuh raya lagi dasyat..110km/jam tapi rasanya 160 ke atas..dan aku juga terserempak dengan satu kemalangan di lebuh raya pantai timur selepas plaza tol gambang, sebuah merc berputar dan melangar bukit. pemandunya tak lah aku tahu macam mana, kereta nampak teruk betul.

3. Tidak mengendahkan pemandu lain, petingkan diri sendiri. Potong dan masuk didepan sesuka hati...terutama bagi pemandu yang memandu kereta import..bmw,honda, toyota,hyundai...merc..mereka ni aku tengok dengan kepala aku sendiri...dahlah bawak laju gila...macam panggil ajal je...mereka ingat kereta import tak excden kot. entahlah...

4. Panas baran, pantang dipotong terus kejar dan nak potong balik kereta yang potong kereta mereka...lebih-lebih lagi kalau saga potong bmw...makan asaplah saga tu...aku pun tak tahu apa yang ada dalam kepala otak diaorang...ish..ish.. mungkin masa dia belajar memandu dulu cikgu dia ajar macam tu kot...

alamak...balckout plak...aku stop sini dulu la...


No comments:

Related Posts with Thumbnails
4 5 6