Friday, December 18, 2009

Apa dah Jadi dengan Darul iman?

Hari ni aku sekeluarga balik ke kota baru. Sampai di Kg. Dendang kalau tak salah aku...singgah solat jumaat kat situ. Aku tengok masjidnye besar dan luas...makmumnya ciput je. itu pun termasuk musafir macam aku yang singgah ramai lah jugak. Ada beberapa perkara yang aku rasa tak berapa seronok kat sini.

1. Imannya sudahlah berumur...membaca pun sangkut-sangkut, kenapa tidak dicari pelapis...bagilah belia atau yang lebih muda untuk baca khutbah. Aku tengok pun kesian kat iman tu...mana perginya pihak yang bertanggungjawab. Bila lagi nak melatih pelapis khatib dan imam.

2. Ini yang tak berapa bagus tentang remaja kat sini, aku sendiri rasa mahu je pelempang kat budak-budak tu. Masa orang tengah sembahyang, belia-belia tu duk sembang je dibelakang....sampailah habis solat. tetapi bila semua orang bagi salam diaorang pun kononnya sama-sama jugak bagi salam. Entahlah apa nak jadi dengan belia-belia ni... dalam masjid masa sujud pada Allah pun mereka masih bersenda dan bermain....aku sendiri pun tak faham.

Tak tahu nak salahkan siapa....tapi aku rasa sesuatu perlu dilakukan agar belia-belai ini tidak membesar dengan akhlak yang buruk.


1 comment:

pakcik mamau said...

errr,,pakcik nk bg cadangan skit..nk bg org senang komen entri kita,kena ejas kat SETTING kemudian
COMMENTS pastu kat COMMENTS FORM PLACEMENT tu tick kat bahagian POP-UP WINDOWS..lepas tu SAVE SETTING..hehehe dh siap..klu dh ejas mcm ni snang la org nk komen hehehe..pakcik bg cadangan je..jgn murke..tq.

Related Posts with Thumbnails
4 5 6