Friday, December 11, 2009

Serban dan Kupiah Merah

Hari ini Jumaat...kebetul aku singgah di pondok( istalah masyarakat kelantan bagi tempat belajar agama). Dan terlihatlah kepada aku perbezaan sebuah serban putih dan kupiah merah. Sebelum itu bukan maksud aku untuk merendah-rendahkan sesiapa. Tetapi aku teringat kata-kata Allah..."Sesungguhnya manusia yang tinggi darjat dia disisi Allah ialah mereka yang lebih bertaqwa". Tentu anda masih tertanya tanya apa cerita sebenarnya antara seban dan kupaih?.

Begini ceritanya...semasa aku bersama-sama makmum lain sedang mendengar khutbah....dan setelah khutbah selesai, maka semua makmun hendak mendirikan solat. Disinilah aku lihat perbezaan antara serba dan kupiah. Masjid tempat aku singgah solat jumaat ini, boleh dikatakan separuh daripadanya adalah murid-murid pondok yang belajar agama. Dah tentu mereka dah belajar tentang pelbagai sifat-sifat nabi dan sahabat. Jemaah terlalu ramai dan menyebabkan sejadah yang dibekalkan tidak mencukupi. Ramai juga diantara makmum yang membawa sejadah sendiri.

Yang menarik perhatian aku ialah...pelajar-pelajar pondok ini, langsung tindak mengendahkan makmum yang berada disebelahnya. Mereka hanya membentangkan sejadah tersebut untuk diri mereka sahaja. Sedangkan makmum disebelah hanya beralaskan mozek dan batu marmar. Hatiku terus berkata" inikah akhlak yang ditunjukakan oleh seorang yang berserban putih". Aku tahu sejaha itu dia beli tidak berkongsi pun dengan orang lain....tetapi adakah salah jika dia membentangkan juga untuk makmum yang disebelahnya. Aku mula terfikir...ilmu agama apa yang dipelajari...hanya mementingkan diri. Sedangkan jika kita baca sejarah tentang persaudaraan Muhajirin dan Ansar.....cukup indah. Ini nak berkongsi sejadah pun tak mahu...ish..ish...

Perhatian aku tertarik pula kepada seorang makmum yang berkupiah merah...sanggup berkongsi sejadah dengan makmum disebelahnya. Aku mula terfikir lagi....serban bukanlah bererti apa-apa. mungkin serban itu hanya satu tradisi pelajar-pelajar pondok. Biarpun si kupiah itu hanya dengan baju kemeja berlengan pendek...tetapi dia lebih menunjukan sifat persaudaraan sesama Islam. Si serba dengan jubah putih....tetapi tindakanya tidak mencerminkan...pakaiannya.

Hati yang ikhlas sukar dicari....serban dan jubah banyak dijual disini.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails
4 5 6