Sunday, January 17, 2010

Siapa yang bersalah?

Sudah kebiasaan di tempat aku ni hari Ahad adalah hari Tamu. Panggilan masyarakat disini, mungkin ditempat lain dikenali sebagai pasar minggu atau pekan sehari....tak kisah lah apa namanya yang penting tujuannya tetap sama iaitu pasar minggu tempat kita dapatkan keperluan harian.

Post kali ini bukanlah aku nak ceritakan tentang "Tamu" tetapi tentang kefahaman masyarakat kita tentang Islam. Aku jadi sedih sendiri melihat orang Islam begitu mudah diperbodahkan dengan fesyen....terlintas difikiranku siapa yang bersalah?. Kebetulan hari ni hujan turun dari pagi dan berterusan...maka dah tentu pelbagai reaksi manusia yang akan kita lihat.

Pandanganku terpandang kepada seorang wanita lingkungan umur 40an. Aku jadi sedih melihat seorang yang boleh aku panggil makcik masih tidak mempunyai pengetahuan asas agama. Di lihat dari atas, makcik itu bertudung ( tudung zaman sekarang jenis sarungkan terus tu)...tapi bila tengok bahagian bawah...aku terus mengucap panjanag....Astarfirullah...dia pakai seluar pendek. Aku tertanya-tanya sendiri...tahukah dia aurat dalam islam, adakah memadai hanya menutup rambut tetapi bawah terbuka. Adakah dia hanya tahu bahawa aurat wanita itu hanya rambut. Siapa yang perlu kita salahkan...jika itu sahaja pengetahuannya tentang hukum agama.

Terpandang lagi aku pada satu pasangan ...lelakinya berseluar pendek dan pasanagnya menutup aurat dengan berbaju T-Shirt. Ternyata masayarakat kita sebenarnya bukanlah jahil sangat tentang agama...cuma mereka sendiri tidak pernah diingatkan....Siapa pula yang perlu ingatkan kepada rakyat?

Tuesday, January 12, 2010

Selamat Tahun Baru

Aku agak sibuk jugak bermula tahun 2010, nak buat post terbaru pun kepayahan. Ku gagahi jugak semangat dan melawan perasaan malas dan kesibukan untuk menoretkan sepatah dua kata diblogku ini.

Imbauan 2009

Tahun ini aku ingat nak mulakan azam baru....tapi bila ke tempat kerja...aku jadi bengang dan perasaan marah dan semangat hilang terus....rasa malas betul nak kerja, kalau boleh nak pindah je dari tempat kerja ni.

Semuanya berpunca pada tahun 2009 , kalau tak silap dalam bulan Oktober. Semuanya berpunya dari sikap dengki...memang hebat bahana orang yang berdengki. Habis diselongkar segala pekeliling supaya aku tak dibenarkan tinggal dirumah staf. Dan akhirnya majikan aku mengarahkan aku keluar dari rumah staff dengan alasan aku telah membeli rumah dengan pinjaman kerajaan. Siap tunjuk pekeliling lagi dengan aku...aku tahu aku hanya menumpang di negeri orang..aku akur dengan desakan tersebut.

Akhir november aku berpindah ke rumah sewa baru, nak tinggal dirumah sendiri ada sudah orang yang sewa...nak halau tak sampai hati. Jadi aku terpaksa mencari rumah sewa, sedangkan dikawasan ku ini agak susah untuk mendapatkan rumah sewa.

Majikan ku telah berkata di depan aku, bahawa dia tidak akan membenarkan pendengki itu tinggal dirumah staff yang baru siap itu. Kerana si pengdengki itu juga mempunyai rumahnya sendiri yang baru saja siap. Aku pegang kata-katamajikanku itu.

dan bila aku kembali untuk menjalankan tugas pada tuhun 2010, aku diberitahu si pengdengki itu telah memoho untuk memasuki rumah staff yang baru siap itu. Aku rasa cukup geram...marah dan perasaan tidak puas hati dengan majikanku.....dia pilih kasih dan macam anti saja dengan aku pekerja dari semenanjung.
Sedangkan dulu dia juga mengatakan bahawa dia tidak akan membenarkan staff itu duduk di rumah tersebut.
kini staff itu sibuk mencari penyewa bagi rumahnya...kerana dia akan berpindah ke rumah baru yang cukup selesa....

sehingga aku menulis ini...perasaan aku cukup geram...marah...dan terkilan....
Related Posts with Thumbnails
4 5 6