Sunday, January 17, 2010

Siapa yang bersalah?

Sudah kebiasaan di tempat aku ni hari Ahad adalah hari Tamu. Panggilan masyarakat disini, mungkin ditempat lain dikenali sebagai pasar minggu atau pekan sehari....tak kisah lah apa namanya yang penting tujuannya tetap sama iaitu pasar minggu tempat kita dapatkan keperluan harian.

Post kali ini bukanlah aku nak ceritakan tentang "Tamu" tetapi tentang kefahaman masyarakat kita tentang Islam. Aku jadi sedih sendiri melihat orang Islam begitu mudah diperbodahkan dengan fesyen....terlintas difikiranku siapa yang bersalah?. Kebetulan hari ni hujan turun dari pagi dan berterusan...maka dah tentu pelbagai reaksi manusia yang akan kita lihat.

Pandanganku terpandang kepada seorang wanita lingkungan umur 40an. Aku jadi sedih melihat seorang yang boleh aku panggil makcik masih tidak mempunyai pengetahuan asas agama. Di lihat dari atas, makcik itu bertudung ( tudung zaman sekarang jenis sarungkan terus tu)...tapi bila tengok bahagian bawah...aku terus mengucap panjanag....Astarfirullah...dia pakai seluar pendek. Aku tertanya-tanya sendiri...tahukah dia aurat dalam islam, adakah memadai hanya menutup rambut tetapi bawah terbuka. Adakah dia hanya tahu bahawa aurat wanita itu hanya rambut. Siapa yang perlu kita salahkan...jika itu sahaja pengetahuannya tentang hukum agama.

Terpandang lagi aku pada satu pasangan ...lelakinya berseluar pendek dan pasanagnya menutup aurat dengan berbaju T-Shirt. Ternyata masayarakat kita sebenarnya bukanlah jahil sangat tentang agama...cuma mereka sendiri tidak pernah diingatkan....Siapa pula yang perlu ingatkan kepada rakyat?


No comments:

Related Posts with Thumbnails
4 5 6