Saturday, August 21, 2010

Menangislah Wahai Diri

Perkongsian   sempena bulan Ramadhan

Menangislah Di Sini
Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu.Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia.

Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa. Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.

Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang Abid.
Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan.

Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.

"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang."
(Al Hasyr: 20)

Tangis adalah basahan hidup, justeru: Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sama ada yang membawa untung atau merugikan.

Sabda Rasulullah s.a.w.
"Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."

Nabi Muhammad bersabda lagi :

"Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."

Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Nabi bersabda :

"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.

Nabi Muhammad bersabda :

"Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

Seorang Hukama pernah bersyair :

"Aku hairan dan pelik, melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan."

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, takut-takut tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.

Lupakah kita Nabi pernah bersabda :

"Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka. Namun, Allah SWT telah berfirman :

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216)


Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata :

"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu."

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :

"Kenapa engkau menangis?"

"Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang," jawabnya.

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata :

"Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."

Ibnu Masud r.a. berkata :

"Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur, dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah".

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :

"Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."

Menangislah di sini, sebelum menangis di sana!!!.............

Lakukan Empat Perkara

Sebaiknya sebelum kita menutup mata sementara (tidur ni ...adik kembar mati )...lakukan perkara makruf supaya tidur kita sentiasa dijaga oleh ALLAH SWT.Elok juga dimulakan dgn membaca doa tidur dan baca Ayat Kursi semoga tidur kita juga merupakan ibadah bagi kita.

Kepada yang sudah punya anak-anak, eloklah diajarkan kepada mereka...kalau lupa...eloklah print e-mel ni dan lekat kat dinding...apa dinding rosak...alahai...sekejap je...bila dah hafal seisi rumah...koyak le kertas tu....insyallah ilmu yg sedikit ini jika anak-anak kita amalkan dan esok diturunkan pula kepada cucu-cucu kita...bukankan pahalanya dapat kat kita (nenek & atuk ni)


LAKUKAN EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR ( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

 Rasul tersenyum dan bersabda :

1."Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau    mengkhatamkan Al Qur'an.

2.Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami   semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

3.Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.

4.Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Sila  sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati

Wednesday, August 18, 2010

Salam Ramadhan


Kebelakangan ni masa memang cemburu dengan aku, nak buat BW pun susah apatah lagi nak update blog...trafik dah menurun dan Nuffnang pun ciput je.

Dalam dunia blog ni, kalau kita tak pegi blog orang maka orang tak pegi blog kita walaupun dia dah jadi flower kita.Itu adalah lumrah, lebih-lebih lagi macam blog aku ni...tak ada sape nak datang jengok...kalau akau tak pi blog depa...tak apa apa boleh buat siapalah aku di dunia blog ini...flower pun baru ada 34 orang je. Yang datang hanya membalas kunjungan bila kau ke blog diaorang.

tak kisahlah ada ke tak de, yang penting selagi aku rasa nak berblog aku akan teruskan jugak...kalau dah tak mau...mybe blog ni akan terbiar je...
Sempena bulan yang mulia ni, aku nak minta maaf kat mana-mana blogger jika selama aku menjengok blog korang, ada tulisanku yang menyentuh hati dan terguris rasa...Maaf ku pinta.
Bersempena dengan bulan yang mulia aku nak kongsikan beberapa bahan yang baik dan sesuai dengan masanya, sape yang nak bolehlah download ye.

1. Al-Quraan Digital - Boleh diinstall dikomputer, ada ayat dan maksud ayat boleh baca alQuraan berserta maksudnya. DOWNLOAD DISINI

2.Himpunan Tazkirah - Koleksi tazkirah yang saya kumpul dan pemberian dari kawan , saya kongsikan juga untuk anda semua. DOWNLOAD DISINI

3.Amalan Sepanjang Tahun- Zikir dan doa yang boleh kita amalkan sepanjang tahun. DOWNLOAD DISINI

4. Wallpaper Islam - Wallpaper menarik yang mempunyai ayat-ayat suci alQuraan. DOWNLOAD DISINI

Friday, August 13, 2010

Bila Al-Quraan Berbicara


Waktu engkau masih kanak-kanak.............kau laksana kawan sejatiku.Dengan wudu',
Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang....Aku.......,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari . Setelah selesai engkau menciumku mesra.
Sekarang engkau telah dewasa..............


Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji....... Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali; sehingga engkau lupa di
mana Aku tersimpan. Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu. Kadang kala Aku dijadikan
mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa. Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan.


kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian ,kesepian.Di dalam almari, di dalam laci,
aku engkau pendamkan. Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu disurau.....  Sekarang...seawal pagi sambil
minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu.  Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia.
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla, Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah). Di dalam perjalanan
engkau lebih asyik menikmati musik duniawi.  Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di
dalam keretamu.  sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu  Mengasyikkan! .

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja.  Di Komputermu pun kau putar
musik favoritmu. Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku......... E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku
pun kau abaikan. Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu. Benarlah dugaanku bahawa engkau kini
sudah benar-benar hampir melupaiku.

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV. Menonton siaran telivisyen.
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk. Hanya sekadar membaca berita murahan
dan gambar sampah. Waktupun cepat berlalu.........

Aku semakin kusam dalam laci-laci mu. Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama. Seingatku,
hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali. Itupun hanya beberapa lembar dariku. Dengan
suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu.

Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membaca waktu kematian saudara  taulanmu atau  !
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba .Engkau akan diperiksa oleh
para malaikat suruhanNya. Apakah TV, radio ,Astro , hiburan,komputer atau internet  dapat menolong kamu?Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu .Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu... Setiap saat berlalu... Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu........... Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu .
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati... Di kuburmu nanti....Aku akan datang sebagai
pemuda gagah nan tampan.   Yang akan membantu engkau membela diri. Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu  . Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah Aku kembali.. ..
bacalah aku kembali aku setiap hari. Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla ! Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah. Yang disampaikan
 oleh Jibril melalui Rasulmu .Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.  Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku.... Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat .
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil. Di surau kecil kampungmu yang damai.  Jangan aku
engkau biarkan aku sendiri.... Dalam bisu dan sepi....

Maha Suci Allah, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Semoga bermanafaat dan mengingatkan
kita kembali kepada kitab suci Al-Quraan. Bacalah...Bacalah....Bacalah....

 Salam Ramadhan, Selamat Berpuasa,Moga Tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sudah....
Related Posts with Thumbnails
4 5 6