Tuesday, July 12, 2016

Aku Kembali...

Salam sejahtera sahabat bloggerku semua, Alhamdulillah Allah masih beri kepadaku kesempatan dan kudrat untuk aku kembali aktif dalam dunia blogging. Masih adakah sabahat aktifku dahulu..kita sentiasa menjejak antara satu sama lain..jika masih ada..In sha allah akan ku jejaki kembali sabahat2 blogginku..Selamat Hari Raya

Monday, June 1, 2015

Penjimatan Bersama Onexox

ONEXOX adalah plan prabayar terkini yang diperkenalkan di bawah syarikat ONEXOX SDN BHD yang menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dengan kadar yang rendah dan memberi lebih penjimatan kepada pengguna. 

ONEXOX menawarkan kadar dan faedah tambahan yang menarik seperti SMS PERCUMA, Famili & Rakan, ganjaran USER GET USER dan pelbagai lagi.

ONEXOX adalah syarikat subsidiari di bawah XOX dimana ONEXOX menggunakan rangkaian (coverage) CELCOM sama seperti XOX. Akan tetapi, dari segi perkhidmatan yang ditawarkan oleh kedua-dua syarikat ini adalah berbeza sama sekali.
XOX memasarkan pelan mereka yg tersendiri dengan sasaran pelanggan yg tersendiri dan begitu juga dengan kami ONEXOX.

Antara kelebihan plan ONEXOX adalah seperti berikut:
* SMS dan Panggilan suara kadar rendah
* Famili & rakan ke 10 nombor (ke SEMUA rangkaian)
* Pindahan kredit kpd kawan-kawan
* User get user (5% ganjaran topup)
* Plan Data internet tiada “pay per use”
* Kadar panggilan serendah 5 sen (di bawah 10 saat) 
* Ganjaran loyalty
* FREE sms 12 bulan (1800sms) (ke nombor XOX dan ONEXOX)
* Validity date 28 bulan (MNP/kekalkan nombor lama sahaja)
* Akaun MA dan DA yang menjimatkan
* Saluran topup secara online
* Coverage yang meluas (CELCOM)

saya syorkan kepada anda sebab saya juga pengguna, ternyata jimat dan ada kelebihan, berminat untuk dapatkan simkad onexox boleh wassap kepada saya 0103254992..In Sha Allah kita sama-sama berjimat
 

Wednesday, July 17, 2013

Kenali Jantina Laptop Anda

Tinggalkan kenangan sedih..jom kita cek tengok laptop anda laki ke puan...

Buka notepad  dalam senarai menu  
                                                                                                                                                                                     
kemudian tulis pada  "notepad",perkataan ini  CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"
kalau malas copy dan paste je tulisan tu kat notepad anda.

 
sudah siap tulis atau copy dan paste klik  File dan kilk  save as

pastu kat bahagian save as type tu taip ni : ilove you.vbs
make sure extension file .txt korang tukar ke .vbs pilih lokasi desktop
 
 
bila dah save akan jadi icon macam kat dalam gambar ni (higlight box warne merah)
Kemudian  double click.dan  akan terdengar suara i love you..
Ada dua jantina je sama ada lelaki or perempuan..
separuh masak xde ye :)


Selamat Mencuba :)





kredit to: Blog Macam Best

1998-2013 Sabah Dalam Kenangan

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia dan khasnya kepada pengunjung setia blog ini. Cukup lama saya tidak menulis...blogging ni sebenarnya ikut mood jugak. Masa mula-mula bergiat cergas dalam penulisan blog dan boleh dikatakan hari-hari mesti masuk tengok dan melawat rakan-rakan blogging..tetapi sejak akhir-akhir ini dengan bebanan tugas dan suasana kehidupan yang berbeza maka kekangan demi kekangan yang ada.

Kali ini saya ingin mengimbau kembali nostalgia saya mula bertugas di negeri dibawah bayu, bermula pada februari 1998, saya mula menjejakkan kaki dinegeri dibawah bayu.Bermulalah saya sebagai pendidik disini. Dengan suasana yang jauh berbeza dengan tempat sendiri, jika dikampung kita menggunakan air telaga atau paip, tapi disini saya belajar menggunakan air hujan atau kolam. Jika dikampung jalan semua berturap..tapi disini jalannya berbatu lebih dikenal oleh masyarakat disini sebagai grabel...

walaupun jarak sekolah dengan rumah sewa tidaklah jauh..tetapi faktor jalan yang tidak berturap..bila hujan licin dan berlubang..bila panas berhabuk. Jarak dalam 10km sahaja..memang dekat tetapi tiada kenderaan yang sentiasa lalu dijalan tersebut menyukarkan saya untuk ke sekolah setiap hari..waktu pagi terpaksa menunggu dari jam 6.00pagi..jika nasib baik boleh sampai sekolah jam 7.00 pagi, jika tidak terlewat lah. begitulah situasi pada tahun 1998.Waktu pulang pula kadang-kadang jam 3.00-jam 4.00 petang baru sampai dirumah, menunggu kereta yang lalu pulang dari sandakan, jika ada kosong maka awallah sampai jika tidak jam 5 petang baru sampai dirumah. Jika waktu panas..rambut keras semacam je,sebab penuh dengan debu,hari-hari syampo rambut..Memori itu cukup indah bila dingatkan kembali..jika dikampung kita tidak akan merasa semua itu..itulah kebaikan bila kita berhijran ke tempat baru...

Kini Beluran tidak seperti dulu lagi..jalanranya telah berturap,pelbagai kemudahan sudah ada disini dalam tempoh 1998-2013 sudahku lihat banyak perubahan yang berlaku didaerah ini.Tahun ini 2013 merupakan tahun terakhir aku disini setelah permohonanku untuk ke wilayah asal diluluskan...

Terlalu banyak memori disini, tetapi sudah menjadi lumrah alam, setiap pertemuan pasti ada perpisahan..terima kasih kepada semua sahabat-sabahat disini yang telah bersama-sama dalam suka dan duka sebagai perantau. Terima kasih juga kepada semua warga Beluran,sepanjang saya berada disini memberikan layanan yang baik dan sentiasa sudi menolong.Kenangan bersama kalian semua akan saya bawa bersama ke tempat yang baru..Terima kasih atas segalanya...

Teringat kepada pesan bonda" duduk ditempat orang tidak perlulah menjadi ayam jantan;cukuplah sebagai ayam betina tetapi jangan sampai orang pijka kepala kita"alhamdulillah sepanjang berada disini tidak pernah bergaduh dengan sesiapa dan hidup harmoni sepanjang masa.

Selamat tinggal sabah...ada umur akanku datang lagi menjejakmu..


Monday, April 9, 2012

Blog terbiar...

Agak lama jugak tak update blog..sibuk yang teramat. Termasuklah sekarang ni macam-macam sistem yang terpaksa menggunakan internet...makin mencabar betul tugas guru sekarang. Jika tidak tahu IT, maka satu bebanan kepada sesiapa sahaja. Bermula dengan maklumat murid, jika dulu dibuat secara manual...sekarang dah online..begitu juga disiplin, saps,sppbs , ehadir, data online...banyak..semuanya memerlukan internet...

Beban dan terbeban,sekolah tiada kemudahan internet,semua sisitem nak online...haru jugak rasaynya...Apa pun akan ku cuba untuk menulis diblog ini walau sebaris ayat.

Saturday, November 26, 2011

Kembara Ilmu Selepas UPSR

Agak lama tak update blog,kesibukan memang menceburui disegenap ruang.Walaupun hati terasa ingin menulis,tetapi dek kekangan masa dan waktu menjenguk blog sendiri pun tidak sempat. Kata orang,blog kalau tidak update maka hilanglah serinya...apatah lagi pengunjungnya....

Sekarang sudah cuti sekolah,ada sedikit kelapangan,bolehlah mula menulis kembali mewarnai teratakbuluh ini.Sedikit perkongsian kali ini mengenai lawatan kembara ilmu yang kami jalankan khas untuk murid-murid tahun 6,melawat ke beberapa tempat yang menarik yang berada disekitar Sandakan. Bagi aku,kadang kala 2-3 kali seminggu turun ke Sandakan, tetapi ada antara anak muridku yang tidak pernah sampai pun ke Sandakan....cukup kesian dan menyentuh hati ku...moga aktiviti ini akan memberikan mereka satu pengalaman yang cukup berharga.

Monday, June 6, 2011

Cuti-Cuti Sabah Part 2

Negeri Sabah memang unik dengan kebudayaan dan kecantikan alam semulajadinya, cuma yang tak berapa syoknya boleh dikatakan untuk masuk ke sesuatu taman rekreasi mesti kena bayar, dan bayarannya kadang-kadang dirasakan tidak munasabah. Apa-apa pun yang penting cuti mesti hepi...

Dalam perjalanan balik dari Kota Kinabalu ke Sandakan, banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi terutamanya di daerah Ranau. Jika singgah di Kundasang, sudah terkenal dengan Gunung Kinabalunya serta udara yang sejuk. Selain daripada itu tarikan juga tertumpu kepada pasar sayur dan buahan yang terletak di tepi jalanraya...Kalau sukakan kicauan ungas bolehlah singgah di Kinabalu Park, memang seronok...

Di Ranau ni memang banyak tempat-tempat perlancongan, ada kolam air panas di Poring dan yang saya nak cerita ni adalah tarikan terbaru di sebuah kampung Luanti Baru iaitu ada rawatan terapi ikan kelah...ikanya besar-besar...geram je nak masak lomak cili api...tetapi awas kerana kita dilarang sama sekali menangkap dan menggangu ikan-ikan tersebut kerana ianya telah di Tagal..saya pun tak berapa faham tentang Tagal ni..untuk lebih senang faham, kalau kita ambil,usik atau gangu kita akan didenda mengikut berapa yang mereka minta..kalau minta bayar 100 ringgit tak apa lagi kalau mintak kapal terbang..tak ke nyanya...saya ada ambil beberapa gambar nak kongsi dengan pembaca blog ini, gambarnya tak berapa jelas..sebab kameraku ni hanya cap ayam kampung...nanti ku beli nikon dslr...tunggu air hujan naik harga...Untuk masuk dan membuat terapi ikan kena bayar tau.. Untuk dewasa RM5 seorang, kanak RM2 seorang dan ada masa, setiap keluarga hanya dibenarkan bermain-main dengan ikan selama 15 minit sahaja...berbaloi ke bayar RM5 hanya 15 minit je..kalau nak mandi bersama ikan bayaranya RM10....entahlah tak faham aku dengan sisitem kat sini...apa pun layan je gambar kat bawah...
nampak tak ikan-ikan tu sedang berpusing-pusing kat kaki...saiz ada yang lebih 3 kilo seekor..
 tu yang nampak hitam-hitam tu adalah ikan kelah...

Related Posts with Thumbnails
4 5 6