Wednesday, July 17, 2013

Kenali Jantina Laptop Anda

Tinggalkan kenangan sedih..jom kita cek tengok laptop anda laki ke puan...

Buka notepad  dalam senarai menu  
                                                                                                                                                                                     
kemudian tulis pada  "notepad",perkataan ini  CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"
kalau malas copy dan paste je tulisan tu kat notepad anda.

 
sudah siap tulis atau copy dan paste klik  File dan kilk  save as

pastu kat bahagian save as type tu taip ni : ilove you.vbs
make sure extension file .txt korang tukar ke .vbs pilih lokasi desktop
 
 
bila dah save akan jadi icon macam kat dalam gambar ni (higlight box warne merah)
Kemudian  double click.dan  akan terdengar suara i love you..
Ada dua jantina je sama ada lelaki or perempuan..
separuh masak xde ye :)


Selamat Mencuba :)





kredit to: Blog Macam Best

1998-2013 Sabah Dalam Kenangan

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia dan khasnya kepada pengunjung setia blog ini. Cukup lama saya tidak menulis...blogging ni sebenarnya ikut mood jugak. Masa mula-mula bergiat cergas dalam penulisan blog dan boleh dikatakan hari-hari mesti masuk tengok dan melawat rakan-rakan blogging..tetapi sejak akhir-akhir ini dengan bebanan tugas dan suasana kehidupan yang berbeza maka kekangan demi kekangan yang ada.

Kali ini saya ingin mengimbau kembali nostalgia saya mula bertugas di negeri dibawah bayu, bermula pada februari 1998, saya mula menjejakkan kaki dinegeri dibawah bayu.Bermulalah saya sebagai pendidik disini. Dengan suasana yang jauh berbeza dengan tempat sendiri, jika dikampung kita menggunakan air telaga atau paip, tapi disini saya belajar menggunakan air hujan atau kolam. Jika dikampung jalan semua berturap..tapi disini jalannya berbatu lebih dikenal oleh masyarakat disini sebagai grabel...

walaupun jarak sekolah dengan rumah sewa tidaklah jauh..tetapi faktor jalan yang tidak berturap..bila hujan licin dan berlubang..bila panas berhabuk. Jarak dalam 10km sahaja..memang dekat tetapi tiada kenderaan yang sentiasa lalu dijalan tersebut menyukarkan saya untuk ke sekolah setiap hari..waktu pagi terpaksa menunggu dari jam 6.00pagi..jika nasib baik boleh sampai sekolah jam 7.00 pagi, jika tidak terlewat lah. begitulah situasi pada tahun 1998.Waktu pulang pula kadang-kadang jam 3.00-jam 4.00 petang baru sampai dirumah, menunggu kereta yang lalu pulang dari sandakan, jika ada kosong maka awallah sampai jika tidak jam 5 petang baru sampai dirumah. Jika waktu panas..rambut keras semacam je,sebab penuh dengan debu,hari-hari syampo rambut..Memori itu cukup indah bila dingatkan kembali..jika dikampung kita tidak akan merasa semua itu..itulah kebaikan bila kita berhijran ke tempat baru...

Kini Beluran tidak seperti dulu lagi..jalanranya telah berturap,pelbagai kemudahan sudah ada disini dalam tempoh 1998-2013 sudahku lihat banyak perubahan yang berlaku didaerah ini.Tahun ini 2013 merupakan tahun terakhir aku disini setelah permohonanku untuk ke wilayah asal diluluskan...

Terlalu banyak memori disini, tetapi sudah menjadi lumrah alam, setiap pertemuan pasti ada perpisahan..terima kasih kepada semua sahabat-sabahat disini yang telah bersama-sama dalam suka dan duka sebagai perantau. Terima kasih juga kepada semua warga Beluran,sepanjang saya berada disini memberikan layanan yang baik dan sentiasa sudi menolong.Kenangan bersama kalian semua akan saya bawa bersama ke tempat yang baru..Terima kasih atas segalanya...

Teringat kepada pesan bonda" duduk ditempat orang tidak perlulah menjadi ayam jantan;cukuplah sebagai ayam betina tetapi jangan sampai orang pijka kepala kita"alhamdulillah sepanjang berada disini tidak pernah bergaduh dengan sesiapa dan hidup harmoni sepanjang masa.

Selamat tinggal sabah...ada umur akanku datang lagi menjejakmu..


Related Posts with Thumbnails
4 5 6