Thursday, January 27, 2011

Melayu oh Melayu....

Aku juga Melayu...tapi aku sedih dengan sikap bangsa ku yang suka menipu...terutama menipu bangsanya sendiri....Kenapa situasi seperti ini terjadi, jika Melayu yang anjurkan apa-apa program...pasti ada yang akan ditipu...aku bukanlah nak menyatakan bangsa lain lebih baik...tetapi aku nak jelaskan bahawa Melayu ini sudah pasti "ISLAM".

Melayu cukup suka dengan program atau skim cepat kaya...kerja tak pula suka...tapi kalau program seperti ini merekalah juara...Terbaru ramai Melayu yang kena tipu dengan Melayu....mungkin anda juga tahu atau pernah menerima email spam setiap hari...tentang program ROYALTYFX.COM, aku punya email pun hari-hari dispam...tapi aku tak kisah pun sebab aku sudah maklum tentang sikap Melayu ini....

Semalam aku buka email seperti biasa, dan seprti biasa email aku dispam...tetapi kali ini lain pula tajuk email tersebut" Untuk Mangsa Penipuan Kejam Royaltyfx"...maka aku pun bacalah email tu sampai habis, biasanya aku chek dan delete je...aku kongsikan isi email tu kat korang...bacaa sendiri ye..


Isi email :
"Kita semua dah kena tipu !!

Sepertimana yang kita sedia maklumi, baru-baru ini pihak pengurusan royaltyfx kononnya telah mengalami margin call dan kerugian 100% hingga menyebabkan semua ahli kerugian beribu-ribu ringgit !!

Fakta: Alasan penipuan TERBODOH !! Malas nak huraikan..tanya orang forex sendiri

Malahan, kita juga tidak dipulangkan modal langsung dan pemilik syarikat ini menghilangkan diri begitu sahaja tanpa sebarang tanggungjawab!!

Apa yang mengejutkan, Seorang ahli royaltyfx.com yang juga kakitangan
maybank telah memaklumkan baki terakhir akaun syarikat tersebut berjumlah
lebih RM100K++  selepas pengunguman bankrup mereka dan sehingga email ini dihantar,  pemilik royaltyfx ini mengeluarkan RM10K pada setiap hari !! Baki terkini mereka adalah sekitar 70K !!

Kalau anda tidak percaya, anda boleh minta bantuan rakan2 anda yang bekerja di maybank dan lihat
kebenaran ini!!"

itulah isi email tersebut aku tak ubah sedikit pun, tetapi sebenarnya ada lagi isi email tersebut berkaitan admin royaltyfx.com aku tak sertakan atas sebab-sebab perundangan.

Aku tidaklah hebat mana pun dalam forex ni, tetapi kerugian sebegitu memang tak masuk akal, bagi seorang yang profesional dan berpengalaman...dan pada aku semua yang ditunjukkan itu hanyalah tipu semata-mata. Kalau betul admin royaltyfx berani bagi nombor akaun dan pasword...aku nak tengok rekod urusniaga...nak tahu tak berapa rakan-rakan Melayu kita ni rugi dan ditipu....USD174521.82....korang darab je dengan RM3.50 sebab broker instaforex ni beli harga tu kalau keluarkan duit....FUHHHH banyak tu...aku tunjukkan lah kat korang laporan yang dikatakan rugi tu....

Kalau korang tengok memang nampak sangat tipunya...trade yang dahulu dibuat SL dan TP tapi yang last tu tak ada pulak...kalau dah pro takkan boleh buat silap begitu...kalau yang begitu aku rasa dia sengaja buat tu...dan aku rasa akaun yang dia tunjuk tu adalah akaun demo...kena tipu lagi Melayuku...kalau nak buat analisis banyak lagi tentang akaun tu.... apa-apa pun aku turut bersimpati dengan nasib kaum Melayu ku ini...

Wednesday, January 26, 2011

Dauspozi Dan CNY Blog List


Minggu depan masyarakat cina seluruh dunia akan menyambut tahun baru cina, kat negara kita pun tak kurang hebatnya. yang tak cina pun dah terlebih cina. Aku ada cerita tentang yang tak cina terlebih cina ni...



Kat tempat kerjaku hanya ada seorang cina, kira okey la, tapi bila cuti yang tak cina pulak berlebih-lebih...sanggup kerja hari sabtu semata-mata nak cuti ..aku pun naik heran kenapa yang orang cina selamba je..tapi yang tak cina pulak yang terlebih cina....entahlah...tapi aku pun suka jugak kalau cuti panjang ni...nak tahu kenapa...sebab ada peluang aku turun ke laut...memancing...

Berbalik kepada blog list ni..aku tak pastilah sama ada si Douspouzi ni pun ada darah cina...mana la tahu kan...kita kan negara berbilang bangsa, apa pun tahniahlah kepada Douspouzi kerana membuat peraduan seperti ini...aku pun sebenarnya malas nak join...tetapi mungkin disebabkan blogku dan blog Dauspouzi sama tema kehijauan...terasa pulak nak buat entry pasal blog list ni....

Kepada rakan-rakan bloger yang nak sertai blog list ni boleh la lihat beberapa syarat sah yang telah ditetapkan oleh tuan punya peraduan ini...siapa lagi kalau bukan Dauspouzi...

Selamat Tahun Baru Cina buat seluruh masyarakt cina di Malaysia...
selamat makan buat limau....

Sunday, January 9, 2011

Nak Duit Tak ?

Tak pastilah sama ada anda semua tahu atau tidak, sebenarnya sambil-sambil kita melayari internet dan berblogging ni boleh buat duit.Dari RM0.20 sehingga ratusan hingga ke ribuan ringgit. Ramai yang merasai duit dari internet ni. Saya pun salah seorang dari mereka.

Untuk post kali ini, saya nak cerita sikit beberapa cara anda boleh menjana duit dari internet ni. Yang pertama ialah dengan menyertai rangkain syarikat iklan. Kalau kat tempat kita ni yang top ialah " Nuffnang" tapi sebenarnya ada lagi iaitu "Adverlets". Kebanyakan blog meletakkan iklan Nuffnang. Bagi membuat duit dengan Nuffnang ini syaratnya ialah setiap klik yang dilakukan adalah dengan kerelaan bukan suruhan dari pemilik blog. Ramai blogger yang melawat blog dan memberitahu dah klik iklan, tetapi mereka lupa bahawa mereka baru klik iklan dari blog lain, jejak itu disimpan dikomputer mereka. Klik yang pertama akan dibayar oleh Nuffnang tetapi klik yang kedua dan seterusnya adalah klik yang tidak mendatangkan apa-apa pendapatan kepada blog tersebut. Sedikit tip...sebelum nak klik tu pastikan anda dah clearkan coockies komputer anda.

Kelemahan Nuffnang, membayar apabila klik itu bersih dan kadang iklan tidak ada di blog. kalau ada iklan lain diblog maka status anda tidak Glitterati . Maka kebanyakan blog hanya ada iklan Nuffnang sahaja.
Tetapi ini sebenarnya cara untuk pendapatan internet melalui blog percuma seperti blogger.com. 
Untuk pendapatan kedua ialah dengan  Chrup Chrup, yang ni lebih ok sikit sebab ianya hanya memerlukan anda berkongsi pemberitahuan tersebut dengan rakan anda sahaja. jika rakan anda klik support this camping maka 20 sen akan dibayar kepada anda. kalau 30 orang yang klik kampen anda...20 X 30 dan RM6.00 tapi kalau banyak lagi...banyak la anda dapat. kalau yang belum sertai Chrup Chrup boleh klik kat sini daftar free je..

sambil-sambil tu apa kata korang bagilah sokongan kat kampen saya ni...









Friday, January 7, 2011

Akibat Cemburu, Madu ditetak berkali-kali



JITRA: “Mak cik (ibu tiri) tiba-tiba berang lalu melibas parang ke arah adik, tapi nasib baik adik sempat mengelak. Dia kemudian menyerang ibu dan menetaknya berkali-kali di muka dan kepala. Saya yang cuba membantu turut ditetak di kaki.
“Dalam pergelutan itu, saya sempat merampas parang berkenaan dan mencampaknya ke luar rumah. Mak cik (ibu tiri) berlari ke dalam bilik dan mengurungkan diri, manakala saya keluar mendapatkan bantuan jiran,” kata Nurul Shuhada Saad, 17, mengenai kejadian ibu tirinya menyerang ibunya di rumah mereka di Kampung Seri Muda, Sungai Korok, di sini, pagi semalam.
Akibat kejadian itu, Siti Aminah Hanafi, 40-an, parah di muka dan tangan akibat ditetak madunya yang mengamuk dipercayai kerana cemburu. Nurul Shuhada yang cuba meleraikan pergaduhan itu cedera di kaki kanan.

Suspek yang berasal dari Kuala Nerang berkahwin dengan suami mangsa, Saad Husin, 45, dan menjadi isteri keduanya sejak lebih setahun lalu. Dia yang mempunyai seorang bayi lelaki berusia lapan bulan, dibawa suaminya tinggal serumah bersama madunya sejak dua minggu lalu.


Nurul Shuhada ketika ditemui di Hospital Jitra (HJ), di sini, berkata ketika kejadian dia bersama ibunya berada di dapur sebelum mereka meminta ibu tirinya membawa bayi itu keluar dari bilik untuk diberi makan.

Katanya, kerana tiada jawapan daripada ibu tirinya, dia memasuki bilik untuk membawa bayi itu keluar, tetapi wanita itu berang sebelum melibas parang sepanjang kira-kira 40 sentimeter itu ke arah adiknya, Siti Musliha, 13, yang berada berdekatan.

“Selepas menyerang adik, dia menyerang ibu dan menetaknya berkali-kali di muka dan kepala sebelum saya membantu meleraikan pergaduhan itu,” katanya.

Dua beranak yang cedera itu dibawa ke HJ oleh jiran sebelum Siti Aminah dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, kerana kecederaan serius selain menghidap kencing manis.

Nurul Shuhada berkata, turut berada di rumah berkenaan ketika kejadian ialah adik perempuan bongsunya yang berusia lapan tahun, manakala bapanya tiada di rumah kerana keluar ke kedai makan.

Remaja itu mendakwa sejak madu ibunya berpindah ke situ, kedua-dua mereka kerap bertengkar kerana ibu tirinya terlalu cemburu.

Nurul Shuhada membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, di sini, petang semalam.

Jiran mangsa, Nang Yah Nik Salleh, 52, ketika ditemui berkata dia terkejut apabila ternampak mangsa terduduk di pintu rumah dalam keadaan berlumuran darah dan melambai-lambai meminta tolong kepadanya yang berada kira-kira 10 meter dari rumahnya.

“Sebelum itu saya terdengar suara orang menjerit dan bergaduh. Apabila keluar rumah saya nampak Aminah dalam keadaan berlumuran darah. Saya yang ketakutan segera memberitahu jiran lain sebelum mereka membawanya ke hospital,” katanya.

Nang Yah berkata, sejak kedua-dua madu itu tinggal serumah, dia kerap terdengar mereka bertengkar, tetapi tidak menyangka isteri kedua itu sanggup bertindak sedemikian.

Sementara itu, suami mangsa, Saad ketika ditemui di HSB berkata, hubungan kedua-dua isterinya sebelum ini baik dan tidak pernah menghadapi sebarang masalah.

“Ketika kejadian saya ke kedai makan untuk bersarapan dan apabila pulang saya dapati kejadian ini sudah berlaku. Ketika itu saya dapati jiran kami membantu isteri pertama dan anak-anak ke hospital untuk menerima rawatan.

“Pada saya tiada apa-apa, ini cuma masalah keluarga dan biar ia diselesaikan secara kekeluargaan. Saya tidak mahu hal ini diperbesarkan kerana ia hal keluarga kami,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, selepas kejadian itu isteri keduanya dibawa pulang ke rumah keluarganya di Kuala Nerang.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof mengesahkan polis menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan dijalankan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata tajam.

Katanya, polis mengesan suspek bagi membantu siasatan.

sumber : myMetro

Sunday, January 2, 2011

Azam 2011

Bila tahun baru tentu ramai yang cerita tentang azam tahun baru, aku pun tak kurang juga, ada azam yang tersendiri. Untuk azam tahun ini tak la menarik sangat...cuma nak belajar menabung je...sebelum ni hanya lihat dan pandang je tapi tahun ini nak cuba azam baru....ye azam ku tahun ini " MENABUNG" .

Jom la sape-sape yang nak join...tapi aku nak tabung 1 Dinar untuk satu bulan...12 bulan dah 12 keping dinar..kira ok la kan..baru nak belajar..sekarang dah ada 4 keping, Jom kita menabung.

Related Posts with Thumbnails
4 5 6