Friday, November 19, 2010

Kronologi sikap tidak profesional MAS Sandakan, Kota Kinabalu dan KLIA(MH2711);



1. Flight bertolak jam 11.35am- setelah semua penumpang naik...tiba-tiba ada pengumuman dari kapten kapal ada masalah teknikal...semua terpaksa turun dan membawa barangan masing-masing, yang jadi pertanyaan kenapa tak cek dulu sebelum penumpang naik...betul-betul  tak profesional...

2. Semua penumpang turun, sambil penumpang menunggu kononnya pihak pengurusan membaiki sistem kapal....puas menunggu akhirnya pesawat bersedia untuk berlepas...tetapi bukan berlepas ke Kuala Lumpur tetapi ke Kota Kinabalu...rasa lega sikit..ingatkan sampai di KK dapat tukar flight lain...

3. Sangkaan merosot...kami tiba di KK jam 1.00pm, dari jam 1pm kami menunggu di KK , pada mulanya ada pegawai yang menguruskan pertanyaan...tetapi akhirnya tidak ada seorang pun pegawai yang bertugas...kami tidak dapat mengetahui status sebenar...hari makin gelap...ramai kanak-kanak yang kelaparan kerana ,kami keluar tidak dibenarkan...BETUL-BETUL TIDAK PROFESIONAL DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB PEGAWAI DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU....akhirnya setelah didesak oleh penumpang, jam 5pm pengumuman dibuat, semua diberikan makanan....setelah berjam2 kanak-kanak kelaparan...langsung tak BERHATI PERUT. Yang lebih mengaibkan ada beberapa pelancong asing yang mempertingkaikan cara pengurusan dibuat...inilah Malaysia dan MAS pada pandangan mereka, dan sempat mereka membezakan antara MAS dan Airasia...katanya lebih baik...

4. Setelah selesai makan, kami kembali berkumpul, masih menunggu apa keputusan...sama ada terbang juga ke KL atau dibatalkan....tetapi tiada sebarang pengumuman yang dibuat...sehinggalah salah seorang pelanggan menalifon kawannya bertanyakan status penerbangan MH2711...dan jawapan yang diketahui melalui kawannya...Flight telah dibatalkan...tetapi kami tidak dimaklumkan...SUNGGUH TIDAK PROFESIONAL DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB...SAYA SARANKAN KEPADA PIHAK MAS...TOLONG AMBIL TINDAKAN KEPADA PEGAWAI SEPERTI INI...

5. Setelah mengetahui penerbangan dibatalkan, beberapa orang penumpang telah mengatur penerbangan lain tanpa kami ketahui, maka setelah ramai yang tahu hal tersebut...berpusu-pusu mereka pergi ke kaunter untuk mengatur agar dapat juga meneruskan penerbangan ke KL dengan pesawat ganti MH069, ada yang dapat dan ada yang tidak. Yang tidak dapat menaiki flight ke KL diberikan hotel penginapan ...tetapi kenapa sehingga jam 9pm dan tidak ada pegumuman dibuat....apa pun tidak dimaklumkan....memang kurang ajar dan tak berperikemanusian...

6. Flight MH069(10.45 malam) berlepas dari KK dan tiba di KL jam 1pagi, sampai di KLIA kami diminta ke kaunter pertukaran...di sini timbul lagi masalah...pegawai yang bertugas di kaunter langsung tak tahu mengendalikan komputer...nak buat sikit tengok nota...sikit telefon tanya...mereka bukan tidak tahu kami dari 11.45 pagi terkandas...disebabkan sikap tidak PROFESIONAL MEREKA...akhirnya jam 3.30pagi baru selesai urusan dikaunter pertukaran...dan kami diberikan penginapan....3.45 baru selesai masalah hotel dan masa yang singkat bolehlah kami berehat sekejap kerana jam 6 pagi dah kena sedia untuk ke airport semula....

7. dalam kekalutan tersebut...ada seorang rakan bertanya kepada pegawai MAS tersebut....apa sebenarnya yang berlaku....dan jawab salah seorang pegawai MAS tersebut....SEEBENARNYA INI ADALAH DISEBABKAN OLEH KERANA TUNTUTAN BONUS TIDAK DILAYAN OLEH PIHAK PENGURUSAN MAS, MAKA MEREKA CUBA SABOTAJ SISTEM PENERBANGAN...ADA 3 LEBIH PENERBANGAN MAS YANG DELAY DI KOTA KINABALU...WAJARKAH MEREKA BERTINDAK DEMIKIAN HANYA KERANA TUNTUTAN MEREKA TIDAK DILAYAN PIHAK PENGURUSAN...BERAPA BANYAK KESUSUAHAN YANG DITANGGUNG OLEH PENUMPANG...HARAPAN SAYA AGAR PIHAK PENGURUSAN MAS MEMBUAT SIASATAN KEATAS ISU INI...DAN SAYA PASTI AKAN MENGEMUKANKAN SURAT ADUAN SECARA BERTULIS KEPADA PIHAK PENGURUSAN MAS

Tuesday, November 16, 2010

Eidul Adha di Airport

16 November 2010 Ini adalah pengalaman pertama beraya di airport. Entah kenapa flight yang kami(MH2711) naik mengalami kerosakan teknikal bermula dari Airport Sandakan(11.35 pagi) dah delay. Flight berlepas juga tetapi mendarat di Kota Kinabalu dan kami semua masih menunggu sehingga kini 7.56 malam dengan belum ada kepastian samada berlepas atau tidak ke Kuala Lumpur atau tidak malam ini. Kalau tak berlepas terpaksa la bermalam di Kota Kinabalu dan harapan untuk beraya bersama keluarga. Pihak MAS seolah-olah hanya melepaskan batuk ditangga apabila ditanya bila masa berlepas atau macam mana status sebenarnya...tunggu nanti kami maklumkan....sedangkan kami dah menunggu dari pagi....sabar juga ada tahapnya.  Belum kira barang yang dibawa lagi. Ada bawa udang dalam 8 kilo...dah pasti rosak kerana aisnya dah tentu cair...haru betul dengan MAS ni...kalau rosak aku tetap tuntu ganti rugi...

Friday, November 5, 2010

Gambaran Hari Qiamat



✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:


ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

 ✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

 ✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

 ✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

 ✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

 ✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Monday, November 1, 2010

LELAKI UCAP MAAF DAPAT BUAT JANTUNG PEREMPUAN SIHAT


Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.


Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.
Related Posts with Thumbnails
4 5 6