Sunday, June 27, 2010

Hadiah Hari Jadi

Sesiapa yang duk tengah pikir nak bagi hadiah apa kat makwe, pakwe , adik,abang atau sape saja, Apakata hadiahkan Teddy Bear ni kat mereka tentu terkejuk...Bxxxx bila terima Teddy Bear ni depan rumah...... 

Big Teddy Bear boleh dijadikan hadiah untuk anda meluahkan perasaan sayang anda pada si gadis. Gadis-gadis amat menyukai Big Teddy Bear! Meh dengar lagu Teddy Bear.ahkssss


Dah tentu terkejut tiba-tiba je ada orang hantar depan rumah korang Teddy Bear yang besar ni...aku pun nak beli satu ni..sape nak aku nak hantar ni..ha ha ha.....
Kalau korang nak beli boleh beli kat web Teddy Bear 2u...aku khabarkan aje kot-kot ada yang berminat...

Thursday, June 24, 2010

Buang Lambang Zionis Dalam Komputer Anda

Info dari Herman Samsudeen kredit untuk beliau


" Perhatian!!! Saat ini anda pasti membenci regim Zionis Israel dengan perasaan yang teramat-amat benci. Rasanya, kalau Benjamin Nethanyahu ada depan anda semua sekarang, biru lebam muka dia kena belasah. Tapi apa boleh buat dia tak singgah Malaysia, dia pi Amerika sahaja besok.
Tapi, ada satu perkara yang anda perlu buat hari ini….pergi kat mycomputer dan letak alamat ini (C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10\J0285926.WMF) atau yang ni (C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10\J0301050.WMF) kat address bar. Anda akan jumpa logo diatas.Ia adalah gabungan logo bendera Zionis Israel (Bintang) dan juga logo Mossad (Lilin). Delete sahaja logo itu.

Setakat ini rakan FB saya hanya dapat kesan dalam software Microsoft sahaja. Beginilah taksubnya Microsoft dengan Zionis Israel. Nak buang jer komputer… tapi tak pa…lepas nie pakailah software pirate, biar bankrap Microsoft….nak boikot guna Apple, syarikat tu pun sama gak. Pelobi Israel punya. Jadi kita ambil jalan tengah kita jangan beli produk mereka, kita beli yang pirate dan gunakan untuk hentam Israel balik. Ini juga satu cara sabotaj yang baik "


Bahana Piala Dunia

Sebelum bermula piala dunia, kita digemparkan tindakan ganas israil menyerang kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza....Seluruh dunia mengecam termasuklah negara kita...maka keluarlah isu nak boikot itu dan ini...tetapi sekarang dah sunyi sepi...berita kat tv dah tak ada lagi....apa dah jadi...bahana piala dunia lagi...
Terus sunyi dari Media Perdana dan Masyarakat Islam sudah lupa kekejaman mereka....Syahid mereka sudah dilupa...

Bahana Piala Dunia :

Kita dulu cukup sensitif dengan apa produk keluaran israil atau rakan subahatnya....tapi kita boikot-boikot sudah sunyi sepi malah kita begitu bangga menyarung Jersy pasukan pujaaan kita tanpa ada perasaan sentimen dengan logo salib yang terpampang di dada .....

Info ini dari blog Awe Donde
" Disebalik keghairahan semarak Piala Dunia Afrika 2010,masyarakat Malaysia tertumanya peminat-peminat bola sepak sangat ghairah membeli jersey-jersey untuk menunjukan sokongan pilihan negara masing-masing.Daripada jersey berharga puluh-puluhan ringgit sehinggalah jersey ratus dan ribuan ringgit.

Tetapi,harus diingat bahawa disebalik jersey itu adakalanya membawa lambang kristian!Seperti logo-logo mahupun bendera negara-negara tertentu dan juga penaja-penaja daripada syarikat Arak.Apakah hukum umat Islam memakai jersey yang mempunyai lambang kristian tersebut?

Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen selagi mana memenuhi tuntutan syarak seperti menutup aurat,tidak membazir dan sebagainya,kerana kaedah(الأصل في لأشياأ الاباحة)asal setiap sesuatu itu adalah harus selagi mana tidak ada dalil-dalil menunjukan perkara tersebut haram.

Saya ingin memetik terjemahan daripada Ulama' daripada Saudi dalam fatwanya tentang hukum membeli kereta yang mempunyai lambang salib dan saya kiaskan perkara itu kepada membeli baju jersey yang ada lambang salib.

“Terdapat beberapa bentuk dan jenis salib yang berbeza disebabkan berbezanya masa, tempat dan penganut kristian. Salib digunakan dalam bentuk yang berbagai, sebahagiannya sering digunakan sebagai salib dan sebahagiannya digunakan untuk salib dan bukan dengan maksud salib, seperti tanda campur (+). Pada pandangan kami, hukum perkara ini adalah seperti berikut:

1. Jika logo itu dibuat sememangnya dimaksudkan logo salib (kristian). Maka ia tidak boleh dibawa, dipakai, dijual beli dan dilukis oleh seorang muslim. Sebab pengharaman ini adalah untuk menjauhi dari menyerupai kristian dan membesarkan lambang agama yang batil. Sebab pengharaman ini berlaku ke atas setiap bentuk salib yang dikenalpasti oleh penganut kristian apabila bantuk itu digunakan adalah untuk membesar dan sebagai lambang agama mereka.

2. Adapun jika dilukis sesuatu hiasan tertentu, atau dibuat sesuatu alat perumahan atau suatu alat-alat (kegunaan) biasa, kemudian secara kebetulan ia menghasilkan bentuk seperti bentuk salib, maka ia perlu dilihat:

i. Jika ia nyata/jelas bagi orang yang melihatnya kali pertama sebagai salib yang masyhur digunakan hari ini dikebanyakan gereja-gereja dan dikalangan penganut kristian. Iaitulah bentuk dua garisan (bersilang), salah satunya menegak dan satu lagi melentang, dimana garisan melingtang itu berada dalam kedudukan membahagikan garisan menegak kepada bahagian atasnya lebih pendek daripada bahagian bawah. Inilah bentuk salib yang paling masyhur semenjak ia direka oleh penganutnya, sepeti bentuk kayu yang digunakan untuk menyalib orang yang hendak dibunuh. Maka jika bentuk ini yang jelas kelihatan bagi orang yang melihatnya buat kali pertama, maka wajib membuang bentuk itu dan menghilangkannya. Atau menggantikan bentuk itu dengan menjadikannya bentuk lain. Ini kerana Nabi S.A.W.


لَمْ يَكُنْ يَتْرُكُ فِي بَيْتِهِ شَيْئًا فِيهِ تَصَالِيبُ إِلَّا نَقَضَهُ

Maksudnya: “Tidak membiarkan sesuatu di dalam rumahnya yang berbentuk salib, melainkan baginda memusnahkannya.” (H.R. al-Bukhari)

ii. Jika bentuk salib itu tidak jelas/nyata, dan dia terhasil dari ukiran/hiasan secara tidak sengaja, atau ia merupakan binaan yang mempunyai peranannya, atau ia merupakan simbol metematik, seperti simbol tambah atau darab. Maka bentuk-bentuk sebegini tidak perlu dibuang dan dihilangkannya, maka tidak salah membuat bentuknya, menjual untuk tujuan ini, disebabkan tidak adanya sebab larangan iaitulah menyerupai kaum kuffar.

Maka ketika itu dilihat tujuan syarikat tersebut menjadikannya lambangnya sedemikian rupa, jika mereka memaksudkan salib, maka hukumnya adalah hukum salib, orang yang membeli kereta itu hendaklah membuang lambing tersebut atau mengubah bentuknya. Tetapi jika pihak syarikat memaksudkan lambang itu dengan maksud yang lain, hukumnya bukan hukum salib."

Ini antara negara yang begitu jelas logo salib dibaju



Tuesday, June 22, 2010

Suspek 9 tuduhan rogol dan cabul

AMPANG: Seorang pemandu teksi dihadapkan ke mahkamah berasingan di sini, semalam atas sembilan pertuduhan merogol, cubaan merogol dan mencabul lima remaja perempuan bawah umur yang masing-masing berusia 15 tahun sejak dua tahun lalu.
 Tertuduh, Chin Hock Nam, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Chin yang dibawa ke mahkamah dengan berkemeja coklat menghadapi satu pertuduhan cubaan merogol dan dua tuduhan merogol di Mahkamah Sesyen manakala enam pertuduhan cabul di Mahkamah Majistret.

Bagi pertuduhan merogol dan cubaan merogol remaja bawah umur, pendakwaan dijalankan di hadapan Hakim Azwarnida Affandi dan Hakim Roszianayati Ahmad di dua Mahkamah Sesyen berasingan.

Bagi pertuduhan pertama dia didakwa cuba merogol seorang remaja bawah umur berusia 15 tahun di dalam sebuah bilik di No 28/2R, Jalan Maju 1/14, Taman Lembah Maju, Selangor pada jam 1.30 tengah hari pada Ogos 2009.

Bagi perbuatan itu dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 30 tahun serta sebat dan mengikut Seksyen 511 kanun sama (Akta 574) yang membawa hukuman penjara dan denda.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga di tempat sama dia didakwa merogol dua lagi remaja berusia 15 tahun pada jam 1 tengah hari, masing-masing pada 24 dan 27 Mei lalu dan didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan sebat.

Mahkamah menetapkan 16 Ogos ini sebagai tarikh sebutan bagi ketiga-tiga pertuduhan itu.

Tertuduh, Chin Hock Nam, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Chin yang dibawa ke mahkamah dengan berkemeja coklat menghadapi satu pertuduhan cubaan merogol dan dua tuduhan merogol di Mahkamah Sesyen manakala enam pertuduhan cabul di Mahkamah Majistret.

Bagi pertuduhan merogol dan cubaan merogol remaja bawah umur, pendakwaan dijalankan di hadapan Hakim Azwarnida Affandi dan Hakim Roszianayati Ahmad di dua Mahkamah Sesyen berasingan.

Bagi pertuduhan pertama dia didakwa cuba merogol seorang remaja bawah umur berusia 15 tahun di dalam sebuah bilik di No 28/2R, Jalan Maju 1/14, Taman Lembah Maju, Selangor pada jam 1.30 tengah hari pada Ogos 2009.

Bagi perbuatan itu dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 30 tahun serta sebat dan mengikut Seksyen 511 kanun sama (Akta 574) yang membawa hukuman penjara dan denda.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga di tempat sama dia didakwa merogol dua lagi remaja berusia 15 tahun pada jam 1 tengah hari, masing-masing pada 24 dan 27 Mei lalu dan didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan sebat.

Mahkamah menetapkan 16 Ogos ini sebagai tarikh sebutan bagi ketiga-tiga pertuduhan itu.

Pendakwaan dijalankan Pendakwa Raya, Asisten Superintendan A Vassu.

Bagi kesalahan mencabul remaja bawah umur Chin didakwa di dua mahkamah majistret berasingan.

Dia didakwa atas dua pertuduhan di tempat sama menggunakan kekerasan jenayah dengan memeluk, memegang, meraba dan mencium buah dada dan kemaluan dua remaja perempuan dengan niat mencabul kehormatannya.

Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan pada jam 3 petang pada pertengahan Februari dan Ogos 2009.

Majistret Aida Mastura Mohamed Amin kemudian menetapkan 12 Julai ini sebagai tarikh sebutan.

Chin turut didakwa atas empat pertuduhan mencabul seorang remaja bawah umur berusia 15 tahun di hadapan Majistret W Karimah A Md Ab Ghani.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan meraba dada serta menghisap buah dada dengan niat mencabul kehormatan pada jam 12 tengahari, Mac dan April 2009.
Manakala bagi pertuduhan ketiga dia didakwa meraba, menghisap buah dada dan menjilat kemaluan mangsa pada jam 1 tengah hari pada Mei 2009 dan bagi pertuduhan keempat dia didakwa memegang dan meraba dada mangsa antara jam 3 petang hingga 4 petang di antara Oktober dan November 2008.

Bagi kesalahan mencabul dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman 10 tahun penjara atau denda dan sebatan jika sabit kesalahan.

Semua kesalahan dilakukan di tempat sama.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Noor Husnita Mohd Radhi.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Julai ini bagi tarikh sebutan.
Pihak pendakwaan bagaimanapun tidak mengemukakan sebarang tawaran jaminan dengan alasan kepentingan awam dan keselamatan tertuduh.

“Pihak pendakwaan ada menerima banyak ugutan terhadap perbuatan yang dilakukan oleh tertuduh melalui facebook, sekiranya dia dilepaskan pasti dia berada dalam bahaya,” kata Vassu.
Terdahulu Chin memohon mahkamah menyediakan jurubahasa bagi prosiding sebutan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan perbuatan keji seorang pemandu teksi berusia 54 tahun yang gemar menjadikan mangsa rogol dan cabul di kalangan remaja belasan tahun.

Sumber: myMetro

Moralnya:

1. Jangan buat perkara yang ibubapa tak benarkan.
2. Ikut nasihat ibu bapa dan guru....yang lain kalau rakan-rakan ada tambah je la ye..

Sunday, June 20, 2010

Bisu akibat tiup kuat vuvuzela Piala Dunia

CAPE TOWN - Seorang wanita kulit putih Afrika Selatan, Yvonne Mayer, 29, hilang suara selama dua hari selepas meniup trompet tradisi masyarakat negara itu, vuvuzela pada satu parti jalanan Piala Dunia 2010 di Fan Park di sini baru-baru ini.
Dia yang bekerja sebagai jurujual insurans tempatan diberitahu seorang doktor ketika mendapatkan rawatan di Hospital Medi-Cross di sini yang mendapati tekaknya pecah namun, pegawai perubatan menasihatkan Mayer untuk tidak makan dan minum dalam tempoh 48 jam.
"Ini kali pertama saya meniup trompet popular itu Isnin lalu dan kemudian langsung tidak boleh bercakap. Pada mulanya saya menyangka tertelan kumbang sebelum doktor yang memeriksa tekak saya mendapati ia sudah pecah," katanya.
Akibatnya, Mayer terpaksa berpuasa maraton dua hari untuk mengembalikan semula tisu tekak menjadi pulih manakala Dr. Scott Barker yang merawat wanita itu menyifatkan ia kes pertama seumpamanya disebabkan meniup vuvuzela. - Agensi

wah bahaya tu...tapi tiap-tiap kali perlawanan sentiasa bergema bunyi vuvuzela..

Friday, June 18, 2010

[Contest] Menangi Rapidshare Premium Account Untuk Sebulan

Seperti har-hari biasa...lepas sarapan buka internet, baca akhbar dan chek blog...tengok kat chat box ramai yang dah tinggal komen. klik punya klik terklik pulak pada nama BLUR ....tiba je kat blognye terus JIWA KACAU ...eh ada kontes la...ni post yang kedua aku nak cerita tentang kontes ni. Syok jugak kontes ni sebab nak bagi akaun rapidshare premium free...bukan rapidkl ye....aku memang suka dengan rapidshare ni...

syaratnye cukup mudah baca kat bawah:
  1. Mcm biaselah korang kene copy banner kat atas2 dan link back kat page ni… dan gune tajok yang same..
  2. Cite je serba ringkas kat mane dan dari sape korg tau psl kontest ni…
  3. Cite secare serba ringkas kenape korang kene menang… (mcm bt slogan tp x de limit)
  4. Ingat jawapan yg paling kreatif dikira pemenang
  5. Kalo dh siap kene post permalink kat comment bwah ni dan juga kat fanpage Jiwa Kacau (X wajib)
  6. Kontest ni terbuke kepade semua lapisan umor..
  7. Setiap peseta bleh submit satu penyertaan sahaja (tp bleh di updated sehingga tarikh tutop)
  8. Tarikh tutop penyertaan ialah 25 Jun 2010 (lame lagi2)
KENAPA AKU MESTI MENANG!!!!
Aku dah copy dan paste pun... dan tajuk pun dah sama- lulus dah syarat pertama...

kontes ni aku dari kau la BLUR..apasal kau pegi cerita tentang kontes yang BEST ni kat shout aku....eee suka betul aku- syarat ke dua pun dah lulus ni...

aku baru je beli external disk...500gb lagi tu...sian dia kosong tak de isi lagi, yang lama 80gb dan 40gb dah penuh dengan cerita2 yang aku copy dari kawan...aku tak mahu ADATA Classic 500gb aku kata aku tak adil sebab dia masih kosong...aku juga rasa kesian dengan broadband aku...walaupun ambil pakej advance rm90 sebulan..kejenya hanya untuk baca akhbar...jalan2 kat blog..sian kat...kalau dapat akaun ni boleh la dia pengalaman baru...donlod tiap2 hari...sampai limit 5g..dan lagi duit dalam tabung buluh kat sebelah tu...pun tak cukup lagi untuk beli akaun premium dan yang ni adalah sebab UTAMA...AKU SUKA BENDA FREE NI...-------syarat ke tiga dah lulus....

syarat2 yang terusnya terpaksa aku buat kat blog BLUR ni...sebab aku BLUR

aku cerita je ni..kalau korang nak jugak kena la wat macam aku buat...sebab bukan aku punya ni...tapi Jiwa Kacau Punya

INDUSTRI MINYAK WANGI DI MALAYSIA

Post kali ini nak cerita tentang minyak wangi...suka tak minyak wang..aku memang suka benda-benda wangi ni...Pelbagai jenama yang ada kat pasaran, one drops dan macam-macam lagi. tapi kali ni nak cerita tentang minyak wangi yang lain sikit sebab minyak wangi ini adalah WANGIAN UNTUK VITAMIN MINDA & ROHANI KITA.
inilah minyak wanginye yang lebih-lebih lagi :


Kalau nak beli produk daftar dahulu baru beli,itu lebih baik


Wangian Imtiyaaz Aroma diproses dengan menggunakan ayat-ayat Ruqyah (doa-doa ayat suci al-quran) Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak." (Riwayat Muslim)

Monday, June 14, 2010

Berita Baik Untuk Semua

Nuffnag sudah tak asing bagi kita, pegi je kat mana-mana blog pasti ada iklan nuffnang. Tapi post kali ni nak cerita tentang sumber yang sama income sambil berblog dengan pengiklan baru Mangga.Ad. Jom letak iklan mangga pulak kat blog.Sambil tu nak cerita jugak tentang peraduan yang dibuat oleh Mangga.Ad, peraduan ini terbuka untuk semua, mai pakat join hadiah menarik jugak tu.
  1. Satu Hadiah Utama berupa iPod Touch.
  2. 5 x Hadiah Saguhati berupa RM50.
  3. 5 x Hadiah Saguhati berupa RM50 (Blogger baru yang direkrut).

Mai pakat join cepat !!!!!
Klik Je Banner kat Bawah ni
I
I
I
V

Saturday, June 12, 2010

Kenapa Kerap Berlaku Kemalangan


Bila tiba je musim cuti sekolah, maka kita akan terbaca banyak kemalangan jalanraya yang berlaku. Banyak nyawa yang melayang dan ramai juga yang cedera parah. Perkara ini macam dah sinonim je dengan cuti, cuti =kemalangan ngeri. Di Pekan Pahang 6 keluarga terbunuh kereta bertembung dengan lori. Pada aku ada beberapa sebab perkara ini terjadi, dan ini merupakan pengalaman aku sendiri tentang sikap pemandu kita.

Aku juga ambil kesempatan balik kampung bercuti dan pengalaman ini aku sendiri saksikan sikap pemandu di Pahang dan Terengganu :

1. Bawa kereta tidak ikut peraturan jalan raya, masa kat lebuh raya pantai timur aku dah bawak 110 km/j kadang 100 km/j tapi pemandu-pemandu kita bawa dalam 160-180km/j. Potong je terus lesap...laju gila.

2. Masa kat Pahang, lagi hebat, potong tak bagi signal...tiba-tiba je terus potong, boleh dikatakan semua pemandu kat sini tak ada moral langsung.

3. Memotong tak tentu masa, pernah terjadi kat aku, jarak memang tak boleh potong tapi pemandu tersebut tanpa memberi signal dan terus memotong dan masuk di depan aku secara mengejut, terpaksa aku brek secara mengejut, dan akibatnya anak aku yang berada di belakang terhantuk ke kerusi. Aku menyumpah sakan...tak pasal-pasal aku buat dosa.

Jika beginilah sikap pemandu kita, nak cepat dan tidak beretika aku tak heran kenapa kemalngan sering berlaku bila tiba musim cuti atau perayaan. Yang paling hampeh ialah pemandu-pemandu muda nak tunjuk hebat konon. Buat jalan sendiri la kalau tak nak ikut peraturan.

Jom tengok gambar-gambar yang menarik ni.


Saturday, June 5, 2010

Apa dah jadi dengan gadis2 Kita

Macam-macam hal aku baca kat akhbar, tak nak baca takut tak tahu maklumat, bila dah baca bikin sakit hati je... hari ni Harian Metro terpampang berita gadis jual tubuh kerana cinta, apa punya sewel budak tu...itu pun tak boleh pikir ke....ish..heran betul aku...maybe dunia dah akhir zaman kot. benda-benda yang tak terpikir dek akal pun depa sanggup buat. Dah la jual tubuh , pas tu kena tipu lagi...umur dah 35 tahun tak logik tak reti berfikir lagi. Dua hari lepas cerita budak sekolah kena rogol dengan pemandu teksi, yang ni pun satu...dah mak bapak hantar sekolah tak nak belajar nak pegi berkaroke last-last kena rogol sapa yang susah...diri sendir yang susah
Related Posts with Thumbnails
4 5 6